LATAR BELAKANG EN. TONY NG
Kejayaan Encik Tony Ng bermula sejak beliau menyertai Great Eastern pada tahun 1970-an. Sebelum memutuskan untuk memilih profesyen insurans, beliau merupakan seorang bekas guru. Pengalamannya dalam profesyen perguruan telah mendorong beliau untuk menyumbang kepada keperluan dan kebajikan guru kerana beliau mendapati bahawa banyak guru yang menghadapi masalah kesihatan dan kewangan untuk membiayai kos perubatan mereka. Oleh yang demikian, beliau telah memperkenalkan beberapa skim insurans khas untuk ahli KPPK (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) dalam usaha untuk melindungi kebajikan dan menyumbang kepada keperluan guru. Antaranya ialah :- |
 |
1) Skim Insurans Berkelompok Pelbagai Manfaat - The Group Multiple Benefits Scheme (GMBS)
2) Skim EasiPay
3) Skim Loan Guarantee (Fatalities Scheme)
4) Skim MUI Diamond Accident Protector
5) Skim Livin' Pay (36 Jenis Penyakit Kritikal)
6) Skim Dana Restu (36 Jenis Penyakit Kritikal)
7) Skim Cuepacs Livin' Care
8) Skim Cuepacs Dana Restu
9) Skim NUTP Health Care
Di samping itu, beliau juga pernah menyumbang dalam kooperasi perguruan dan kooperasi kerajaan. Hari ini, beliau mempunyai empat pejabat dengan lebih daripada 20 pekerja di seluruh Malaysia untuk membantu beliau dalam perkhidmatan insurans. Beliau mempunyai satu ibu pejabat di Pulau Pinang untuk rekod dan perkhidmatan, satu di Kuala Lumpur dan dua lagi masing-masing di Sabah dan Sarawak. Beliau kini juga merupakan seorang "Group Sales Manager" di Great Eastern dan mempunyai sekumpulan agen yang berproduktiviti. Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah syarikat Phoenix Prestige Sdn Bhd yang bertanggungjawab untuk mengendalikan insurans am seperti kemalangan individu, kebakaran, motor dll.
|
SKIM LIVIN' PAY (GS 2072)
Idea Skim Livin' Pay telah dicadangkan pada 1996 oleh Setiausaha Agungl Dato Siva Subaramaniam DPSJ, PMP, KMN. Beliau mendapati banyak guru menjangkiti penyakit kritikal dan skim lama, Group Multiple Benefits Scheme (GMBS) (GS 2624) tidak memberikan perlindungan terhadap penyakit kritikal. Beliau mengarahkan dan meminta Great Eastern membuat penyelidikan tentang kemungkinan memasukkan perlindungan penyakit kritikal dalam GMBS yang sedia ada. Great Eastern dan kesatuan menggunakan sebanyak 2 tahun dalam usaha mewujudkan ini dan akhirnya satu skim baru telah diwujudkan untuk mengantikan GNBS yang lama. Jadi, Skim Livin' Pay dengan 36 jenis penyakit kritikal telah dilahirkan.
Semasa skim ini dikeluarkan, tiada skim kumpulan 36 jenis penyakit kritikal lain di Malaysia mengandungi faedah bersara diri. Semua skim lain yang dicadangkan oleh bank adalah bersyarat dengan tiada nilai wang tunai di mana premium adalah berkaitan dengan umur. Dengan kata lain, jika anda berumur lebih tua, anda perlu membayar premium yang lebih tinggi. Dengan keluaran insurans ini, KPPK merupakan peneroka di Malaysia untuk insurans ini. Selepas ini, syarikat insurans lain juga mengenalkan konsep yang sama. Oleh disebabkan sebagai peneroka dan terlibat dalam permulaaan perbincangan bersama dengan gurur, manfaat yang dicadangkan di dalam skim Livin' Pay adalah lebih baik berbanding degan skim-skim lain dalam pasaran.
Sehingga 2005, penyertaan skim ini telah melebihi 45 ribu dan masih berkembang lagi. Tuntutan yang dibayar adalah seperti berikut:
 |
October 1998 - December 2002
*Tuntutan Kematian (108 kes) - RM 6,809,342
*Tuntutan Penyakit Kritikal (143 kes) - RM 5,852,781
January 2002 - April 2003
*Tuntutan Faedah Kemasukan Hospital (3050 kes) - RM 1,200,767 |
Menurut statisitk di atas, ia boleh diperbanyakkan lagi kerana kebanyakan guru yang telah meninggal dunia dan menjangkiti penyakit kritikal ini tidak menyedari skim ini. Banyak promosi khas telah diadakan sepanjang tahun untuk mewujudkan kesedaran guru terhadap skim ini di mana mereka juga boleh membeli insurans untuk teman hidup dan anak mereka yang berumur kurang daripada 23 tahun. Anak yang berumur lebih daripada 23 tahun masih meneruskan insurans mereka sehingga mencapai umur 65 tahun. Jika ahli meninggal dunia, anaknya masih boleh meneruskan skim ini. Teman hidupnya juga sedemikian.
SKIM DANA RESTU (GS 2415)
Dana Restu dikenalkan beberapa tahun selepasnya skim Livin' Pay dilancarkan. Biasanya manfaat dan premium adalah seperti Livin' Pay. Perbezaannya adalah:
i) Pelaburan dibuat adalah menurut Syariah.
ii) Ini adalah insurans yang berkaitan pelaburan.
iii) Anda boleh jualkan unit ini untuk mendapatkan wang tunai tanpa pemberhentian polisi.
 |
Skim ini telah dibuktikan mendapat sahutan yang baik di kalangan grur Muslim kerana mereka berasa lebih selesa pelaburan adalah berdasarkan konsep Islam. Sejak diperkenakan, beribu-ribu guru telah menyertai skim ini termasuk kalangan bukan Muslim untuk mendapatkan kelebihan manfaat pengeluaran wang tunai.
Untuk tahun 2006 ini, kami ingin mengadakan kempen yang besar untuk mempromosi skim ini terutama sekali bagi Pantai Timur Semenanjung Melayu.
Sebarang orang yang menyertai skim Livin' Pay juga boleh menyertai skim Dana Restu dan sebaliknya. |
SKIM NUTP HEALTH CARE
Skim NUTP Health Care telah diperkenalkan kerana guru banyak menghadapi masalah dalam Cuepacs Health Care yang dijualkan kepada mereka. Ini adalah membenarkan guru-guru menggantikan skim Cuepacs Care dan juga memenuhi keperluan guru yang ingin menikmati fasiliti rawatan hospital peribadi selain daripada hospital kerajaan. Tambahan pula, kesatuan juga berasa faedah Livin' Pay / Dana Restu adalah tidak cukup untuk mengandungi faedah yang sebagaimana yang diberikan oleh hospital peribadi. Perkenalan NUTP Health Care adalah diperkenal khasnya untuk ahli NUTP dan keluarga ahli. Guru-guru sekarang boleh memilih sebarang perkhidmatan yang diberikan oleh hospital peribadi dan ini hanya perlu menunjukkan kad NUTP Health Care card tanpa membayar sebarang deposit kepada hospital. Jadi, ia adalah tidak perlu bawa wang tunai.
 |
Insurans perubatan NUTP bukan sahaja termasuk 36 jenis penyakit kritikal, ia juga mengandungi sebarang penyakit atau kecederaan kemalangan yang tidak berniat dilakukan. Pengecualiannya adalah pembedahan plastik, intosikasi, kelahiran anak atau perkara yang berkaitan dengan kelahiran awal, keguguran, bunuh diri atau sebarang penyakit atau kecederaan yang dibuat sengaja. Untuk penecualian yang lebih lengkap, sila rujuk kepada pengecualian di dalam polisi.
Polisi ini telah dibuktikan sangat popular keran disebabkan oleh premium yang rendah dan perlindungan yang luas. Para guru sekarang memahami kepentingan untuk mendaptkan isnurans perubatan yang mencukupi kerana penyakit seperti kanser, serangan jantung/pembedahan pintasan jantung, dengue, demam tinggi, JE akan terkena pada keluarga mereka tanpa amaran dan insurans perubatan memberikan kemudahan tidak perlu membayar bil perubatan yang tinngi untuk perkhidmatan perubatan mereka. Ini adalah satu-satunya insurans perubatan yang seluruh keluarga dilindungi di bawah satu premium dan tiada had hayat umur. |
SKIM MUI DIAMOND ACCIDENT PROTECTOR
Ini adalah salah satu insurans yang awal diperkenalkan oleh Kesatuan. Ianya dilancarkan pada tahun 1992 an sehingga hari ini, lebih daripda 65 ribu guru telah menyertai skim ini. Insurans ini merupakan insurans kemalangan peribadi yang paling murah yang mempunyai perlindungan yang luas. Untuk premium bulana yang sekecil RM 4.50 sahaja (premium ini tidak berubah sejak 1992), ahli yang yang membeilikannya diperlindungi sebanyak RM 110,000 untuk kematian dan juga kecacatan kekal. Perlindungan ini bertambah dua kali jika kemalagan berlaku pada kenderaan awam atau jika pembeli insurans lumpuh dari leher hingga ke bawah atau menjadi gila.
Selepas perlancaran, skim ini telah diubahkan beberapa kali untuk memsukkan faeadh perubatan ayng percuma dan skim ini juga terbuka kepada penyertaan teman hidup ahli yang bukannya seorang guru dan ahli keluarganya. Kebanyakan guru yang telah buat tuntutan menulis surat kepada Kesatuan kerana bersyukur dapat menyertai skim ini. Anda boleh rujuk kepada surat ini yang menjelaskan kebaikan skim tersebut. Kami tahu, skim yang betul-betul baik adalah lebih yakin jika diberitahu oleh mulut orang lain. Oleh sebab itu, kami membiarkan guru-guru tersebut memberitahu anda semua tentang kebaikan skim ini. |