| |
|
 |
|
| |
 |
 |
| |
SYARAT PENYERTAAN ANAK DALAM SKIM LIVIN' PAY
- Ahli mesti menyertai skim ini terlebih dahulu sebelum anak-anak boleh menyertainya.
- Anak-anak boleh menyertai pada peringkat yang sama dengan ahli tetapi tidak boleh lebih daripada ahli.
- Semua anak-anak mesti menyertai pada peringkat yang sama (tiada pemilihan).
- Penyertaan anak-anak mesti bermula daripada anak bongsu dan ke atas.
- Anak-anak juga berkelayakan untuk Faedah Kemasukan Hospital (Hospitalisation Benefits) seperti ahli.
- Sekiranya ahli mempunyai lima orang anak, tetapi dia hanya mampu menginsuranskan untuk tiga orang anak sahaja, maka ahli tersebut mesti menginsurans anak bongsu, anak keempat dan anak ketiga.
- Premium bulanan bagi anak-anak akan dipotong melalui gaji bulanan ahli.
- Kalau kedua-dua ibu bapa merupakan ahli KPPK, mereka boleh menginsurans anak yang berlainan tetapi bukan anak yang sama semasa promosi khas ini. Walaubagaimanapun, syarat dimana anak bongsu mesti diinsuranskan terlebih dahulu masih berkuatkuasa.
- Bagi ahli-ahli bersara, premium anak-anak mesti dibayar terus kepada KPPK Semenanjung Malaysia seperti ahli. Cek dibayar atas nama KPPK Semenanjung Malaysia.
- Anak-anak boleh menginsurans sehingga RM 262 (RM 250 + RM 12) sebulan. Walau bagaimanapun, penambahan premium hanya boleh diterima selepas tempoh promosi khas ini.
- Anak-anak yang menghidapi penyakit serius atau apa-apa Penyakit Kritikal juga boleh menyertai skim ini semasa promosi khas.
SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGECUALIAN DI BAWAH SKIM INI TERMASUK SEGALA PENGECUALIAN PENYAKIT KRITIKAL
- Manfaat Penyakit Kritikal TIDAK akan dibayar untuk penyakit kritikal yang sedia ada.
- Manfaat Penyakit Kritikal akan bermula pada tarikh berikut mengikut mana yang terkemudian :
(i) 60 hari selepas Great Eastern menerima borang permohonan anda dengan sepenuhnya, dan
(ii) Tarikh pertama premium insurans anda dipotong dari gaji bulanan
- Sekiranya umur anak pada tarikh penyertaan menjangkau usia 1 tahun, jumlah yang akan dibayar untuk tuntutan Penyakit Kritikal / Kematian adalah 20%, 40%, 60%, 80% dan 100% daripada jumlah insurans dalam tahun pertama sehingga tahun kelima insurans.
- Sekiranya umur anak pada tarikh penyertaan menjangkau usia 2 tahun, jumlah yang akan dibayar untuk tuntutan Penyakit Kritikal / Kematian adalah 40%, 60%, 80% dan 100% daripada jumlah insurans dalam tahun pertama sehingga tahun keempat insurans.
- Sekiranya pada tarikh penyertaan anak itu menjangkau usia 3 hingga 5 tahun, manfaat Kematian dalam masa 2 tahun pertama perlindungan hanya 50% daripada jumlah insurans Kematian akan dibayar untuk penyakit sedia ada yang telah dinyatakan.
- Sekiranya pada tarik penyertaan anak itu menjangkau usia 6 hingga 23 tahun, manfaat Kematian / Hilang Upaya Total & Kekal dalam masa 2 tahun pertama perlidungan hanya 50% daripada jumlah insurans Kematian / Hilang Upaya Total & Kekal akan dibayar untuk penyakit sedia ada yang telah dinyatakan.
- Manfaat Hilang Upaya Total & Kekal hanya melindungi anak-anak yang berumur 6 tahun dan ke atas.
- Penyertaan untuk anak-anak sah adalah diwajibkan kepada anak bongsu dan anak-anak ke atasnya.
|
*Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami segala manfaat dan pengecualian yang terdapat dalam polisi utama yang dipegang oleh Kesatuan. |
| |
MACAM MANA SAYA SERAHKAN TUNTUTAN |
1. Tuntutan Kematian
2. Tuntutan Perlindungan Hayat
3. Tuntutan Hilang Upaya Total dan Kekal
4. Tuntutan Faedah Kemalangan Komprehensif
5. Tuntutan Kemalangan Perseorangan Komprehensif
6. Tuntutan Hospital & Pembedahan |
| |
MACAM MANA SAYA SERAHKAN TUNTUTAN KEMATIAN |
1. Pertama kali, beritahu Syarikat dengan telefon, faks atau sendiri datang ke sebarang cawangan pejabat kami atau Pusat Perkhidmatan Pelanggan.
2. Kemudian, isikan dan serahkan semua dokumen yang dikehendaki kepada kami. Senarai Kehendakan memaparkan segala kehendakan umum yang formal di mana ianya dikehendaki oleh Claims Department untuk proses tuntutan kematian.
Post Mortem Report (juga dikenali sebagai Autopsy) tidak diperlukan jika: Polisi tidak mengandungi faedah kemalangan. Akibat kematian disebabkan oleh kemalangan.
Borang Tuntutan Faedah Kematian Kemalangan (ADB) hanya perlu diserahkan jika terkandungnya faedah kemalangan di dalam polisi. Jika borang ADB tertulis intoxikasi, Toxicology Report adalah diperlukan. |
| |
Orang Yang Berlayak Memohon Tuntutan |
1) Penerima Manfaat yang dinamakan di dalam polisi
2) Assignee di dalam polisi
3) Pembayar polisi / Pemilik dari segi undang-undang (polisi pihak ketiga)
4) Samaada teman hidup, anak atau ibubapa (menurut susukan ini) untuk polisi yang tanpa penamaan
5) Pemegang Amanah plisi ini
6) Wakil undang-undang si mati dan / atau saudara yang terdekat |
| |
MACAM MANA SAYA SERAHKAN TUNTUTAN PERLINDUNGAN HAYAT |
| Perlindungan Hayat (Living Assurance) adalah nama cap bagi polisi penyakit kritikal atau penyakit merbahaya dan jenis syarat, penyakit dan prosedur mengandungi : |
| |
| Table of Illnesses |
| Illness |
Medical Evidence |
| 5. Kidney Failure |
Dialysis report, renal function test, urinalysis, full blood count, ultrasound or CT scan report. |
| 6. Fulminant Hepatitis |
Serial liver function tests, liver biopsy & laboratory evidence. |
| 7. Major Organ Transplant |
Reports on the transplantation. |
| 8. Paralysis (Paraplegia/Tetraplegia) |
Evidence of the primary cause of illness, CT scan report. |
| 9. Multiple Sclerosis |
MRI/CT scanning. |
| 10. Pulmonary Hypertension |
Relevant hospital reports. |
| 11. Total Permanent Blindness |
Visual acuity test Snellen Chart, Electroretinogram for children, CT scan. |
| 12. Heart Valve Surgery |
Echocardiography & C X-ray report. |
| 13. Major Burns |
TBSA assessment from the attending doctor. |
| 14. Aorta Surgery |
Echocardiography & C X-ray report. |
| 15. Loss of Speech |
Relevant hospital reports. |
| 16. Alzheimer's Disease |
Relevant hospital reports. |
| 17. Muscular Dystrophy |
Relevant hospital reports. |
| 18. Total Permanent Deafness |
Audiometric test and vestibular test. |
| 19. Terminal Illness |
Any relevant investigation result in support of the diagnosis. |
| 20. Motor Neurons Disease |
Relevant hospital reports. |
| 21. End Stage Liver Disease |
Serial liver function tests. |
| 22. HIV Infection From Blood Transfusion |
Statement from a statutory Health Authority. |
| 23. Encephalitis |
Cerebrospinal fluid & electroencephalogram report. |
| 24. Aplastic Anaemia |
Relevant hospital reports. |
| 25. Accidental Head Injury Resulting in Major Head Trauma |
MRI and CAT scan. |
| 26. Parkinson's Disease |
Relevant hospital reports. |
| 27. Poliomyelitis |
Relevant hospital reports. |
| 28. Benign Brain Tumour |
Histopathology & CT scan report. |
| 29. End Stage Lung Disease |
Pulmonary function tests. |
| 30. Coma |
CT scan & electroencephalogram report, cerebrospinal fluid result. |
| 31. Brain Surgery |
CT scan report or other radiological test to rule out the illnesses. |
| 32. Bacterial Meningitis |
Cerebrospinal fluid result. |
| 34. Apallic Syndrome |
Relevant hospital reports. |
| 35. AIDS Cover for Medical Staff |
Blood test. |
| 36. Full Blown AIDS |
CD 4 cell count and Elisa test. |
|
| |
1. Beritahu Syarikat segera atau setelah didiagnos atau telah mengalami sebarang satu syarat, penyakit atau perkara yang dilindungi. Kami kemudian akan isukan borang tuntutan berkenaan dan ini adalah penting untuk memastikan syarat yang betul atau penyakit yang dialami dituntut.
2. Serahkan semua dokumen yang dikehendaki kepada Syarikat dan pastikan semua dokumen yang diperlukan diserahkan pada masa yang sama. |
| |
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Tuntutan
(perbelanjaan ditanggung oleh si penuntut) |
- Borang Tuntutan Perlindungan Hayat (Living Assurance Claim form) - Penyataan Individu
- Sijil Perubatan Sulit yang berkenaan
- Surat Pemberian Kuasa / Persetujuan (3 naskah)
- Polisi Asal (jika digunakan, untuk endorsement)
- Laporan Polis (jika ada, untuk kemalangan)
- Ujian Perubatan, Laporan, Keputusan, MRI, CTScan, X-Ray, pembacaan ECG dsb.
|
Kehendakan umum bagi syarat tuntutan |
| |
Tuntutan di bawah KANSER |
| |
Dokumen yang diperlukan: -
1. Penyataan Individu yang diisikan oleh si pemegang polisi.
2. Surat Pemberian Kuasa/Persetujuan yang diisikan oleh si pemegang polisi.
3. Sijil Perubatan Sulit (Living Assurance) di bawah Kanser yang diisikan oleh doktor yang memeriksa.
4. Laporan histopatologi yang disahkan benar.
NB: - Tuntutan di bawah Supreme Ladyspecial Rider, Supreme Ladycare Rider dan GreatLady Riders untuk carcinoma in-sito dan kanser wanita, gunakan Sijil Perubatan Sulit (Living Assurance) di bawah Kanser yang diisikan oleh doktor yang memeriksa.
|
| |
|
| |
Tuntutatn di bawah (1) Serangan Sakit Jantung, (2) Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, dan (3) Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Yang Teruk |
| |
Dokumen yang diperlukan: -
1. Penyantaan Individu yang diisikan oleh si pemegang polisi.
2. Surat Pemberian Kuasa/Persetujuan yang diisikan oleh si pemegang polisi.
3. Sijil Perubatan Sulit (Living Assurance) di bawah serangan jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, dan lain-lain Penyakit Arteri Koronari yang teruk yang diisikan oleh doktor yang memeriksa.
4. Untuk serangan jantung
- Cardiac enzymes assays dan ECG yang disahkan benar
Untuk Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
-Laporan pembedahan cardiothoracic yang disahkan benar
Untuk lain-lain Penyakit Arteri Koronari Yang Teruk
- Laporan angiograph yang disahkan benar |
| |
|
| |
Tuntuan di bawah Strok |
| |
Dokumen yang diperlukan: -
1. Penyantaan Individu yang diisikan oleh si pemegang polisi.
2. Surat Pemberian Kuasa/Persetujuan yang diisikan oleh si pemegang polisi.
3. Sijil Perubatan Sulit (Living Assurance) di bawah Strok yang diisikan oleh doktor yang memeriksa.
4. CT scan dan MRT yang disahkan benar.
NB: - Dinasihatkan Sijil Perubatan Sulit mesti diberikan kepada doktor yang memeriksa untuk pengisian setelah si pemgang polisi didiagnos untuk strok tidak kurang daripada 6 minggu atau 6 bulan berdasarkan definisi annexure polisi di bawah strok. |
| |
|
| |
Tuntutan di bawah penyakit lain |
| |
Dokumen yang diperlukan: -
1. Penyantaan Individu yang diisikan oleh si pemegang polisi.
2. Surat Pemberian Kuasa/Persetujuan yang diisikan oleh si pemegang polisi.
3. Sijil Perubatan Sulit (Living Assurance) di bawah Penyakit Lain yang diisikan oleh doktor yang memeriksa.
4. Laporan berkenaan yang disebutkan di dalam Table of Illnesses yang disahkan benar. |
| |
|
|
MACAM MANA SAYA SERAHKAN TUNTUAN CAB |
The claim made must be resulted directly from an accident defined as :- injuries effected solely through external, violent and accidental means of which there is evidence of a visible contusion or wound on the exterior of the body.
Forms of disabilities claims under Comprehensive Accident Benefits (CAB) coverage such as (i) Temporary Total & Continuous, (ii) Continuous Partial and (iii) Permanent, Total and Continuous disablement claims.
|
| |
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Tuntutan |
- Accidental Claim Form (to be completed by Assured / Claimant)
- Accidental Claim Form Attending Physician Statement (at claimant's expense)
- Certified true copy of hospital bill (s) and payment receipt (s)
- Certified true copy of NRIC
- Original / Certified true copy of medical certificate (s)
- Certified true copy of police report, if any, especially for road traffic accident and assaulted case
- Original payment receipt (for Supreme Accident Care with Medical Expenses Benefit)
|
| |
HOW DO I SUBMIT A CPA CLAIM |
Tuntutan mestilah diakibatkan secara langsung daripada kemalangan. Kemalangan didefinisikan sebagai satu kehilangan yang tidak sengaja berlaku kepada si pemegang polisi yang ianya disebabkan secara langsung daripada kemalangan, pengganasan, kejadian luar yang boleh dinampak means dan tidak disebabkan oleh akibat lain.
Borang tuntutan hilang upaya di bawah perlindungan Comprehensive Personal Accident (CPA) adalah seperti berikut
(i) Hilang Upaya Sementara dan
(ii) Hilang Upaya Sebahagian Sementara |
| |
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memhon Tuntutan CPA |
- Borang Tuntutan Kemalangan (yang diisikan oleh si pemegang polisi / si penuntut)
- Borang Tuntutan Kemalangan untuk Penyataan Doktor Yang Memeriksa (perbelanjaan ditanggung oleh si penuntut)
- Bil-bil hospital asal dan resit pembayaran untuk pembayaran balik perbelanjaan faedah perubatan
- Sijil perubatan asal / yang disahkan benar
- Laporan polis untuk kes serangan yang disahkan benar
|
| |
MACAM MANA SAYA SERAHKAN TUNTUTAN FAEDAH KEMASUKAN HOSPITAL & PEMBEDAHAN |
1. Beritahu Syarikat secepat mungkin setelah mengalami kecederaan atau penyakit. Si penuntut boleh tulis surat atau faks kepada pejabat kami atau hubungi wakil agen kami untuk mengambil borang tuntutan di Kaunter Servis Pelanggan.
2. Isikan dan serahkan semua dokumen yang diperlukan kepada kami. |
| |
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Tuntutan
(perbelanjaan ditanggung oleh si penuntut) |
- Borang Tuntutan Kemasukan Hospital & Pembedahan - Penyataan Si Penuntut
- Borang Tuntutan Kemasukan Hospital & Pembedahan - Penyataan Doktor Yang Memeriksa
- Bil Hospital Asal / Invois Hospital
- Resit Tunai Asal / Resit Pembayaran / Resit Deposit
|
Yuran Kemasukan Hospital boleh dibayar secara harian menurut amaun faedah di dalam polisi tetapi yuran pembedahan dibayar secara pembayaran balik. Faedah akan dibayar balik setelah keluar daripada hospital.
Ini bermaksud selagi ada bukti kemasukan hospital dilampirkan pada borang tuntutan, amaun faedah kemasukan hospital akan dibayar berdasarkan kadar yang dinyatakan di kontrak polisi. Manakala manfaat pembedahan akan dibayar menurut bil dan resit asal di mana perbelanjaan berkaitan dengan pembedahan.
|
| |
TUNTUTAN KEMATIAN
Q1 :
Jika si mati adalah Muslim dan orang yang dinamakan ialah non-Muslim, siapa yang kamu bayar?
A1 :
Kami akan bayar kepada orang yang dinamakan sebagai Executor/ Executrix di bawah Insurance Act 1996, Section 167.
Q2 :
Orang yang dinamakan adalah pakcik dan si mati pada masa penyertaaan adalah bujang. Apabila dia meninggal dunia, dia sudah berkahwin. Bolehkah ianya dibayar kepada isterinya?
A2 :
Kami akan bayar orang yang dinamakan iaitu pakcik di mana dia terima sebagai Executor di bawah Insurance Act 1996, Section 167 dan dia perlu mengagihkan tuntutan menurut Distribution Act.
Q3 :
Jika ada 2 assignment semasa meninggal dunia, manakah yang diberikan hak utama?
A3 :
Orang yang pertama menurut Insurance Act 1996, section 168.
Q4 :
Bilakah faedah Tuntutan Kematian bermula kira? Dari pemberitahuan atau semasa serahan tuntuntan?
A4 :
Dari pemberitahuan (60 hari selepasnya) tanpa peduli serahan tuntutan.
Q5 :
Untuk si mati Muslim tanpa penamaan, adakah perlu tunggu Letter of Administration jika dia mempunyai lebih daripada 1 isteri?
A5 :
Tidak, kami akan bayar kepada isteri secara rata menurut Insurance Act 1996, Section 169.
TUNTUTAN LIVING ASSURANCE
Q6 :
Berapa banyakkah penyakit kritikal dilindungi di bawah Living Assurance?
A6 :
Terdapat 36 jenis penyakit kritikaldilindungi di bawah Living Assurance.
Q7 :
Apakah jenis yang umum dan definisi di mana tuntutan yang telah dibuat?
A7 :
Cancer - means the uncontrolled growth and spread of malignant cells and invasion of tissue as evidenced by definite histology and includes leukaemia (excluding chronic lymphocytic leukaemia), lymphoma and Hodgkin's disease but excludes non-invasive carcinoma-in-situ and all skin cancers except malignant melanomas. All cancers are excluded if the Life Assured is HIV-positive.
Heart Attack - means diagnosis of the death of a portion of the heart muscle as a result of inadequate blood supply to the relevant as evidenced by symptoms of typical chest pain, new electrocardiograph changes characteristic of myocardial infarction and by elevated levels of cardiac enzymes.
Coronary Artery By-Pass Surgery - means the actual undergoing of coronary artery by-pass surgery to correct stenosis or occlusion in the coronary arteries but excluding non-surgical techniques such as angioplasty, laser treatment or other non-surgical procedures.
Q8 :
Ada sebarang tempoh menunggu?
A8 :
Ada, tempoh menunggu ialah 60 hari samada bermula dari tarikh permulaan atau tarikh pemulihan di mana yang lebih lewat dahulu.
TUNTUTAN HILANG UPAYA TOTAL & KEKAL (TPD)
Q9 :
Adakah bayaran dibayar penuh?
A9 :
TPD bayar mengikut syarat-syarat di dalam polisi. Siri TPD yang terawal sekali bayar dengan 10 ansuran tahunan yang sama amaun, mankala siri yang kedua bayar dalam tiga ansuran (10%, 10%, 80%). Siri TPD yang terbaru bayar secara sekaligus.
Q10 :
Bilakah kamu perlu polici asal?
A10 :
Polisi asal mesti pulang kepada Syarikat semasa bayaran ansuran terakhir / pembayaran habis.
Q11 :
Apa terjadi jika si pemegang polisi meninggal dunia sebeleum terima semua TPD bayaran ansuran?
A11 :
Baki kan dibayar sepenuhnya kepada si penuntut / orang yang dinamakan mengikut Insurance Act 1996.
Q12 :
Jika polisi saya matang pada tarikh yang sama dengan bayaran ansuran keempat, adakah saya perlu tunggu sehingga tahun kesepuluh untu mendapat bayaran TPD yang penuh?
A12 :
Tidak, kamu akan terima keempat hingga kesepuluh bayaran ansuran pada tarikh kematangan polisi.
Q13 :
Jika ia adalah polisi pihak ketiga, siapa akan dibayar?
A13 :
Jika si pemegang polisi menjadi TPD, dia adalah pemegang polisi dari segi undang-undang dan berhak menerima bayaran tersebut.
Q14 :
Apakah AETPD?
A14 :
AETPD ialah Accelerated Extended Total Permanent Disability. Ini adalah penerusan bagi bayaran TPD setelah habis pembayaran TPD di bawah polisi (10%, 10%, 80%). Ia bermula pada tahun keempat pada penerusan hilang upaya dan meningkat sebanyak 5% kadar ringkas setiap tahun sehingga berumur 65. Bayaran ansuran pertama adalah 10% daripada jumlah yang diinsuranskan. Jika kematian berlaku semasa bayaran AETPD, tiada apa dibayarkan.
Q15 :
Apakah ETPD?
A15 :
ETPD ialah Extended Total & Permanent Disability. Ini adalah berkonsep sama dengan AETPD tetapi barkaitan dengan polisi di mana bayaran TPD pada 10%x10. Ansuran pertama bermula pada tahun kesebelas. Jika kematian berlaku semasa pembayaran ETPD, tiada apa dibayarkan.
TUNTUTAN KEMALANGAN
Q16 :
Berapakah tuntutan maksimum untuk Comprehensive Accident Benefit (CAB)?
A16 :
Sehingga 52 minggu atau 364 hari - kombinasi antara kedua-dua Total & Temporary Disablement dan Total & Partial Disablement.
Q17 :
Apakah komponen Comprehensive Accident Benefit Claim?
A17 :
A1 - Total & Temporary Disablement; Total & Partial Disablement
Q18 :
Apakah komponen Supreme Accident Care Benefit?
A18 :
A100 - Total & Temporary Disablement
A101 - Total & Partial Disablement
A101 - Medical expenses
TUNTUTAN FAEDAH KEMASUKAN HOSPITAL & PEMBEDAHAN
Q19 :
Berapakah tuntutan maksimum untuk Faedah Pembedahan?
A19 :
Sehingga 30 kali daripada kadar pampasan dan secara "pembayaran balik".
Q20 :
Apakah maksud "pembayaran balik"?
A20 :
Ini bermaksud kamu dibayar balik perbelanjaan yang berkaitan semasa serahan bil hospital asal dan resit pembayaran. Contoh: Jika majikan kamu telah membayar semua bil hospital atau bil dibayar oleh syarikat insurans yang lain, kamu tidak berhak tuntut balik.
Q21 :
Berapakah tuntutan maksimum claim untuk surgical benefit?
A21 :
Bilik Bedah, pembedahan dan yuran anaethetist.
Q22 :
Macam mana saya serahkan tuntutan untuk Faedah Pembedahan?
A22 :
Kamu dikehendaki serahkan bil hospital asal, deposit asal dan resit pambayaran asal bersama-sama dengan borang tuntutan.
Q23 :
Macam mana saya tuntut balik Faedah Pembedahan jika saya telah serahkan bil hospital asal dan resit kepada syarikat insurans lain?
A23 :
Kamu dikehendaki serahkan surat pengesahan tuntutan / tawaran daripada syarikat insurans bersama-sama dengan bil hospital dan resit yang disahkan benar. Kami akan bayar perbezaannya, jika ada, hanya jika syarikat insurans lain bayar sebahagian bil kamu untuk tuntutan Faedah Pembedahan daripada mereka. |
| |
SEBARANG PERTANYAAN SELANJUTNYA, SILA MENELEFON, FAKS ATAU E-MEL KEPADA |
| |
TONY NG & ASSOCIATES
(Group Sales Manager)
GREAT EASTERN LIFE ASSURANCE (M) BERHAD
39 (1st Floor), Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang.
Tel : 2628998 / Faks: 2631321
E-mel: tonyge@tm.net.my |
|
| |
 |
 |
| |
S1 : Bagaimanakah seorang ahli yang telah bersara pada umur 55 tahun atau lebih awal membayar premiumnya?
JI : Ahli yang telah besara itu mesti mengekalkan keahliannya dengan KPPK sebagai "Associate Member" dan dia mesti membayar premiumnyaterus kepada KPPK, Semenanjung Malaysia.
S2 : Bolehkah isteri / suami ahli yang usianya lebih muda terus menyertai skim ini apabila ahli yang bersara itu meningkat usia 65 tahun?
J2 : Boleh. Mereka boleh terus menyertai skim ini sehingga mencapai umur 65 tahun tetapi bayaran premium mesti melalui KPPK/ NUTP.
S3 : Sekiranya pemohon itu mempunyai polisi-polisi insurans yang lain, adakah polisi DANA RESTU ini membayar amaun tuntutan yang penuh?
J3 : Ya. Polisi ini akan membayar amaun tuntutan insurans yang penuh walaupun pemohon itu sudah mempunyai polisi-polisi yang lain.
S4 : Jika saya telah tuntut bayaran memasuki hospital dari polisi insurans lain atau syarikat lain, adakah saya layak untuk membuat tuntutan daripada pihak insurans ini?
J4 : Ya, anda layak menuntut Faedah Tunai Harian (Daily Cash Benefit) untuk bilangan malam yang anda diwadkan di hospital. Di samping itu, anda juga layak membuat tuntutan bagi sebarang perbezaan Bayaran Perubatan (Reinbursement of Medical Fees) daripada tuntutan awal dari syarikat atau polisi yang lain. |
| |
HOW DO I SUBMIT A CLAIM |
Sila rujuk kepada skim Livin' Pay di atas. |
| |
| Syarat-syarat Penyertaan Bagi Anak Ahli Yang Diinsurankan |
- Anak-anak BOLEH menyertai skim ini walaupun suami/isteri yang sah bagi ahli yang diinsurankan tidak menyertai skim ini
- Sekiranya gagal untuk mematuhi syarat-syarat di atas, tiada manfaat akan dibayar untuk sebarang tuntutan bagi anak yang diinsurankan dan perlindungannya akan tamat serta-merta dengan segala premium yang diterima (jika ada) dikembalikan.
- Semasa promosi khas, setiap individu yang menginsurans lebih daripada RM 44 adalah tertakluk kepada pengunderaitan.
|
| |
SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGECUALIAN DI BAWAH SKIM INI TERMASUK SEGALA PENGECUALIAN PENYAKIT KRITIKAL
- Manfaat Penyakit Krtikal TIDAK akan dibayar untuk penyakit kritikal yang sedia ada.
- Manfaat Penyakit Krtikal akan bermula pada tarikh berikut mengikut mana yang terkemudian :
(i) 60 hari selepas Great Eastern menerima borang permohonan anda dengan sepenuhnya, dan
(ii) Tarikh pertama premium insurans anda dipotong dari gaji bulanan
- Sekiranya umur anak pada tarikh penyertaan menjangkau usia 1 tahun, jumlah yang akan dibayar untuk tuntutan Penyakit Kritikal / Kematian adalah 20%, 40%, 60%, 80% dan 100% daripada jumlah insurans dalam tahun pertama sehingga tahun kelima insurans.
- Sekiranya umur anak pada tarikh penyertaan menjangkau usia 2 tahun, jumlah yang akan dibayar untuk tuntutan Penyakit Kritikal / Kematian adalah 40%, 60%, 80% dan 100% daripada jumlah insurans dalam tahun pertama sehingga tahun keempat insurans.
- Sekiranya pada tarikh penyertaan anak itu menjangkau usia 3 hingga 5 tahun, manfaat Kematian dalam masa 2 tahun pertama perlindungan hanya 50% daripada jumlah insurans Kematian akan dibayar untuk penyakit sedia ada yang telah dinyatakan.
- Sekiranya pada tarik penyertaan anak itu menjangkau usia 6 hingga 23 tahun, manfaat Kematian / Hilang Upaya Total & Kekal dalam masa 2 tahun pertama perlidungan hanya 50% daripada jumlah insurans Kematian / Hilang Upaya Total & Kekal akan dibayar untuk penyakit sedia ada yang telah dinyatakan.
- Manfaat Hilang Upaya Total & Kekal hanya melindungi anak-anak yang berumur 6 tahun dan ke atas.
|
| |
SEBARANG PERTANYAAN SELANJUTNYA, SILA MENELEFON, FAKS ATAU E-MEL KEPADA |
| |
TONY NG & ASSOCIATES
(Group Sales Manager)
GREAT EASTERN LIFE ASSURANCE (M) BERHAD
39 (1st Floor), Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang.
Tel : 2628998 / Faks: 2631321
E-mel: tonyge@tm.net.my |
|
| |
 |
 |
| |
S1 : Saya sudah menjadi seorang ahli. Bolehkah saya "upgrade"(menambah nilai) kepada 2 unit atau menyertakan pasangan suami / isteri atau anak saya?
JI : Boleh. Sistem kami akan memastikan gaji (premium) anda tidak dipotong dua kali.
S2 : Saya tidak pasti sama ada saya sudah "upgrade"(menambah nilai) kepada 2 unit. Apabila saya memohon tambahan nilai sekali lagi, adakah gaji saya akan dipotong dua kali?
J2 : Tidak, penyertaan maksimum hanya ialah dua. Sistem komputer kami akan memastikan bahawa gaji setiap ahli tidak dipotong melebihi dua kali.
S3 : Adakah saya akan diberi sehelai sijil yang baru?
J3 : Ya. Setiap kali anda "upgrade" (menambah nilai) atau menyertakan ahli keluarga anda, sehelai sijil yang baru akan dikeluarkan oleh pihak kami. SEMUA SIJIL AKAN DIHANTAR KE CAWANGAN KPPK DAN KEMUDIAN DIPOS KEPADA ALAMAT RUMAH ANDA.
S4 : Premium anak akan ditambah apabila mereka melepasi umur 12 tahun atau 18 tahun. Adakah saya perlu melaporkannya kepada syarikat setiap kali apabila anak saya melepasi 12 tahun atau 18 tahun?
J4 : Tidak perlu. Sistem komputer kami secara automatik akan menambah premium anak anda setiap kali apabila mereka melepasi umur yang ditetapkan.
S5 : Saya masih belum menerima sijil saya walaupun syarikat telah mengirimnya. Adakah saya tidak dilindungi insurans?
J5 : Sistem komputer kami akan menunjukkan tarikh apabila sijil anda dicetak, serta nombor sijil anda sebelum dikirim keluar. Sila memastikan alamat rumah atau sekolah anda betul dengan menelefon kami atau KPPK.
S6 : Apabila saya sudah meninggal dunia, bolehkah ahli keluarga saya diteruskan?
J6 : Tidak boleh. Ahli keluarga boleh diinsuranskan HANYA APABILA ahli sendiri diinsuranskan.
S7 : Apabila saya berhenti mengajar atau menyertai profesyen lain yang tidak berkaitan dengan pendidikan, apa yang akan terjadi kepada polisi saya?
J7 : Anda masih boleh diinsuranskan (bersama-sama dengan ahli keluarga anda) asalkan anda meneruskan keahlian anda sebagai "ASSOCIATE MEMBER" dalam Union KPPK.
S8 : Adakah pihak syarikat bermaksud bahawa saya masih boleh menjadi ahli KPPK walaupun saya meninggalkan profesyen perguruan?
J8 : Ya, anda masih boleh menjadi keahlian KPPK. Akan tetapi, keahlian anda akan ditukar kepada "ASSOCIATE MEMBER". Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila menghubungi KPPK dan mereka akan membantu anda.
S9 : Sekiranya saya meninggalkan profesyen perguruan dan menjadi "ASSOCIATE MEMBER", bagaimana pula premium saya akan dibayar?
J9 : Apabila anda meninggalkan profesyen perguruan, tiada potongan gaji akan dilakukan melalui BPA. Oleh yang demikian, anda perlu membayar melalui KPPK Union. Selain itu, anda perlu membayar premium anda setiap tahun (12 bulan) dan bukan setiap satu bulan.
S10 : Apa yang terjadi apabila saya bersara?
S10 : Apabila anda bersara, anda masih boleh menyertai skim insurans kami. Akan tetapi, premium anda perlu dibayar melalui KPPK Union.
S11 : Selain daripada skim insurans yang ditawarkan oleh pihak syarikat, saya masih mempunyai dua polisi insurans (kemalangan dan kematian) daripada syarikat yang lain. Apa yang akan terjadi apabila saya membuat tuntutan?
J11 : Kami akan membayar PAMPASAN PENUH kepada anda sekiranya anda meninggal dunia.
S12 : Bolehkah pasangan suami/isteri saya diinsuranskan sebanyak 2 unit manakala saya sendiri satu unit?
J12 : Tidak. Suami atau anak anda tidak boleh diinsuranskan lebih daripada anda sendiri. |
| |
 |
| |
S1 : Apakah yang perlu saya lakukan setelah saya terlibat dalam kemalangan?
J1 : Melaporkan kepada KPPK atau syarikat kami dengan segera. Kami akan mengirimkan anda "Borang Tuntutan".
S2 : Adakah semua tuntutan akan dibayar?
J2 : Kami akan membayar semua tuntutan kemalangan sahaja, dengan syarat anda mesti dimasukkan ke hospital
S3 : Siapakah yang akan bertanggungjawab untuk mengendalikan hal-ehwal tuntutan saya?
J3 : Anda perlu mengisi "Borang Tuntutan" (boleh didapatkan melalui KPPK atau kami) dan memberi maklumat terperinci yang sahih. Kemudian kamu juga perlu mendapatkan :-
i) Laporan polis yang sah
ii) Laporan perubatan tentang kecederaan yang dialami oleh anda
iii) Sijil Kematian (jika kematian berlaku)
Kemudian, KPPK akan membantu anda untuk menghantar segala dokumen yang diperlukan kepada kami dan mengendalikan urusan tuntutan sehingga anda mendapat pampasan daripada syarikat kami. Sekiranya anda masih mempunyai sebarang pertanyaan, sila mendapatkan bantuan daripada KPPK atau kami.
S4 : Sekiranya saya dimasukkan ke Hospital Kerajaan, bolehkah saya membuat tuntutan?
J4 : Boleh. Anda boleh mendapat pampasan RM 100.00 untuk setiap malam yang tinggal di hospital sehingga RM 3000.00 (maks) bagi 1 unit dan RM5000.00 (maks) bagi 2 unit. |
| |
SEBARANG PERTANYAAN SELANJUTNYA, SILA MENELEFON, FAKS ATAU E-MEL KEPADA |
| |
TONY NG & ASSOCIATES
(Group Sales Manager)
GREAT EASTERN LIFE ASSURANCE (M) BERHAD
39 (1st Floor), Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang.
Tel : 2628998 / Faks: 2631321
E-mel: tonyge@tm.net.my |
|
| |
 |
 |
| |
S : Siapakah yang layak memohon Pelan Manfaat?
J : Anda boleh memohon jika anda berumur dari 15 hari hingga 60 tahun pada harijadi akan datang (pada permulaan kemasukan), Walaubagaimanapun, pelan ini boleh diperbaharui sehingga anda berumur 65 tahun pada harijadi akan datang.
S : Adakah saya dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan?
J : Pada asasnya, semua borang cadangan yang diunderait tidak memerlukan pemeriksaan perubatan. Walaubagaimanapun, untuk peserta yang mempunyai masalah kesihatan, bukti-bukti perubatan lain mungkin dikehendaki dan perbelanjaannnya akan ditanggung oleh pencadang.
S : Bilakah polisi saya akan berkuatkuasa?
J : Sebaik sahaja permohonan anda diterima dan premium tahunan pertama telah diterima oleh syarikat. Ia juga bergantung kepada tempoh menunggu biasa selama 30 hari untuk kemasukan hospital dan / atau perbelanjaan perubatan yang bukan diakibatkan oleh kemalangan.
S : Di dalam keadaan apakah perlindungan ini dibatalkan?
J : Pada tarikh ulangtahun polisi apabila anda mencapai umur 65 tahun pada harijadi akan datang, ataupun apabila manfaat keseluruhan yang dibayar sejak tarikh Permulaan Risiko telah mencapai had setiap hilang-upaya.
S : Apakah Perkhidmatan Bantuan Kecemasan?
J : Perjanjian khas telah dibuat untuk memberi Perkhidmatan Bantuan Kecemasan kepada pemegang polisi. Ini termasuk khidmat 24 jam rundingcara perubatan melalui telefon, rujukan doktor dan hospital melalui telefon, khidmat pemindahan perubatan kecemasan dan penghantaran pulang di dalam dan luar Malaysia.
S: Bolehkah saya memperbaharui perlindungan pada akhir tempoh satu tahun?
J : Manfaat hospital insurans dan faedah insurans bedah kumpulan boleh diperbaharui setiap tahun pada kadar premium yang berdasarkan umur yang dicapai, sehingga ulang tahun polisi apabila anda berumur 65 tahun pada harijadi akan datang. Manfaat ini boleh diperbaharui juga bergantung kepda had perlindungan dan kadar premium yang digunakan pada waktu itu dan bukti kebolehinsuran yang diterima oleh syarikat.
S : Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai?
J : Boleh. Tetapi sepanjang masa mesti melalui pembayaran.
S : Bolehkah pasangan ahli (Bukan ahli KPPK) yang usianya lebih muda terus menyertai skim ini apabila ahli yang bersara itu menjelang harijadi ke 65?
J : Tidak
S : Kalau pelan keluarga dipilih, adakah premium berdasarkan umur ahli itu?
J : Tidak semestinya premium akan berdasarkan umur yang lebih tua antara ahli dan pasangan ahli.
S : Bolehkah saya masuk hospital selain daripada hospital panel yang ternyata dalam polisi?
J : Boleh. Tetapi perlu mengisi borang tuntutan bayaran balik bil hospital selepas keluar daripada hospital tersebut. |
| |
SEBARANG PERTANYAAN SELANJUTNYA, SILA MENELEFON, FAKS ATAU E-MEL KEPADA |
| |
TONY NG & ASSOCIATES
(Group Sales Manager)
GREAT EASTERN LIFE ASSURANCE (M) BERHAD
39 (1st Floor), Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang.
Tel : 2628998 / Faks: 2631321
E-mel: tonyge@tm.net.my |
|
| |