Kepada ahli-ahli KPPK :
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas kesudian anda untuk melapangkan masa dan melayari laman web kami. Kami berharap bahawa laman web kami akan membekalkan maklumat terperinci yang jitu kepada anda di samping menjawab pertanyaan anda tentang sesetengah skim. Untuk kemudahan para guru, kami juga memasukkan borang permohonan dan borang tuntutan bagi semua skim yang ditawarkan.
Untuk mereka yang masih belum menyertai, kami secara ikhlasnya menjemput anda untuk memohon kerana malapetaka mungkin menimpa kita pada masa kelak. Lagipun, skim-skim yang ditawarkan oleh kami merupakan skim yang komprehensif dan murah, dan diperkenalkan khas untuk keperluan ahli KPPK. Jika anda menghadapi sebarang masalah ataupun mempunyai sebarang pertanyaan, sila menelefon atau e-mel kami.
Akhir sekali, semoga semua ahli KPPK sentiasa sihat walafiat. Sekian.
Encik Tony Ng |