header
stick stick stick stick stick stick
     
navSkim  
bulletstar Livin' Pay (GS 2072)  
bulletstar Dana Restu (GS 2415)  
bulletstar MUI Diamond Accident Protector  
bulletstar NUTP Health Care  
bulletstar MUI Motor Insurance  
   
navLain  
bulletstar Cuepacs Dana Restu  
bulletstar Cuepacs Livin' Care  
bulletstar Skim Loan Guarantee  
bulletstar Skim EasiPay  
bulletstar Great Senior Care  
   
navKPPK  
bulletstar KPPK Semenanjung Malaysia  
bulletstar KPPK Johor  
bulletstar KPPK Kedah  
bulletstar KPPK Negeri Sembilan  
bulletstar KPPK Penang  
bulletstar KPPK Terengganu  
bulletstar KPPK Wilayah Persekutuan  
   
 
NUTP Banner
NUTP Health Care
 
Health 1

“Kelebihan skim ini ialah kekuatan NUTP dan Great Eastern yang memberikan perkhidmatan cemerlang, tepat dan teratur kepada ahli.”

- Puan Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung NUTP
Semenanjung Malaysia

Health3
Health 2 Health 4
It is never too early to take precautions where your well-being and that of your loved ones are concerned. Leave no room for future regret... because life gives NO advance of what it holds in store.
 
Bullet Kenapa Memilih NUTP Health Care?
  • Satu kadar standard untuk individu dan keluarga bagi umur 18 hingga 55 tahun.
  • Kanak-kanak dilindungi percuma dengan manfaat yang sama dengan ahli
  • Tidak perlu co-insurans.
  • Tiada had seumur hidup keseluruhan
  • Had tahunan ialah RM 100,000
  • Pampasan RM 50,000 untuk setiap ketidak-keupayaan bagi setiap individu
  • Kad ini boleh diperbaharui sehingga anda berusia 65 tahun.

Sebarang pertanyaan mengenai tuntutan, sila hubungi 03-4813 3906 atau TOLL FREE: 1-300-880-125

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan hospital, sila hubungi 03-20893888
atau TOLL FREE:1-800-882-762

 
Bullet Ciri/Manfaat
  • Ahli layak memohon sehingga umur antara 15 hari dan 60 tahun
  • Pembahuruan sehingga umur 65
  • Kemudahan tanpa tunai** di lebih daripada 30 buah hospital panel yang telah diluluskan di seluruh Malaysia (yang mungkin dikaji semula dari semasa ke semasa)
  • Pembayaran balik semua kos bagi setiap hilang upaya boleh mencapai jumlah maksima (berdasarkan pilihan anda selagi syarat 14 hari tempoh pemisahan [bagi pekerja] & 90 hari tempoh pemisahan [bagi tanggungan] dipenuhi.
  • Perlindungan di seluruh dunia selama 24 jam. (Apabila melancong ke luar negara, perlindungan sehingga 60 hari)
  • Rawatan di hospital bukan panel, tuntutan bayar balik perubatan dibenarkan, tetapi tertakluk kepada manfaat had keseluruhan yang ditetapkan
  • Kos Pembiayaan termasuk:
    - kos pembedahan
    - perbelanjaan kemasukan hospital
    - perbelanjaan rawatan rapi
    - rawatan sebelum dan selepas kemasukan hospital
    - pemindahan organ
    - rawatan dialisis buah pinggang
  • Faedah bebas cukai (berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967, Malaysia)

    ** Nota: tertakluk kepada pemeriksaan pengesahan, kes-kes kemalangan dan kecemasan akan mendapat kemasukan secara automatik. Untuk kemasukan pilihan, terdapat pemeriksaan sebelum kemasukan di hospital panel. Beberapa pengecualian untuk penyakit atau keadaan yang telah wujud sebelumnya tidak akan mendapat kemudahan tanpa tunai dan deposit mungkin dikehendaki terlebih dahulu. Kemasukan seperti itu masih layak untuk mendapatkan tuntutan bayaran balik oleh Great Eastern life Assurance (M) Berhad.

    Nota Penting:
    Polisi ini dikatakan berkuatkuasa jika:-

    1) Surat Penerimaan (Letter Acceptance) Great Eastern diterima DAN
    2) Premium pertama telah diterima oleh Great Eastern atau potongan gaji untuk premium pertama telah dilakukan
 
Bullet Premium Bulanan Pelan A
NUTP Premium NUTP Card
 
Bullet Semasa tahun polisi pertama
Tiada perlindungan diberikan untuk yang berikut tanpa mengira sama ada hayat yang diinsuranskan menyedarinya atau tidak :- Endometriosis, sebarang jenis hernia, batu krang dalam sistem urinari atau biliari, gastrik dan ulser duodenal, katarak, darah tinggi / atau penyakit kardiovasuklar, thyroiddektomi, ketumbuhan kecil, neuplasma benigna dan neplasma malignan.
 
Bullet Keadaan sedia ada bermaksud apa-apa penyakit atau kecederaan
  1. Yang telah wujud atau didiagnosis; dan / atau
  2. Di mana tanda-tanda dan simptom telah wujud yang boleh menyebabkan individu yang waras mendapatkan diagnosis, rawatan dan jagaan(di dalam masa satu tahun sebelum tarikh permulaan risiko)
 
 
top PENGECUALIAN top
 

  • Tiada manfaat akan dibayar ke atas penyakit atau kecederaan kecuali keseluruhan rawatan dan perkhidmatan serta peralatan yang dijalankan telah disyorkan dan diluluskan oleh Pengamal Perubatan dan mengikut diagnosis dan rawatan untuk keadaan di mana kemasukan ke hospital dikehendaki.

  • Tiada manfaat akan dibayar untuk berikut :-
    a) AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit), ARC (Kompleks Berkaitan AIDS), & semua penyakit yang berkaitan dengan Virus Kurang Daya Tahan penyakit Manusia (HIV).

    b) apa-apa rawatan pergigian (termasuk pembedahan), kecuali yang diwajibkan disebabkan kecederaan kemalangan yang berlaku semasa Tempoh Insurans Polisi ini.

    c) caj untuk pemeriksaan fizikal rutin, ujian yang tidak berkaitan dengan rawatan penyakit / kecederaan yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang tidak perlu termasuk rawatan pencegahan, ubat-ubatan pencegahan, disfungsi seksual, pengurangan berat dan penambahan berat.

    d) caj untuk berjumpa pengamal perbuatan, akupunktur dan inokulasi dan caj untuk telefon, televisyen, suratkhabar dan bahan bukan perubatan yang lain.

    e) tuntutan, berkaitan apa-apa kecederaan atau penyakit atau keadaan selain daripada keadaan yang didefinasikan di dalam "Semasa Tahun Polisi Pertama" di atas, di mana:
    1. apa-apa kecederaan, penyakit atau keadaan yang telah wujud atau telah didiagnos
        i. tiga puluh (30) hari semasa Tempoh Menunggu; atau
        ii. selepas tamat Tempoh Menunggu tetapi berkaitan dengan kecederaan atau keadaan yang telah wujud atau tiga puluh (30) hari didiagnos semasa Tempoh Menunggu.
    2. tuntutan berkaitan apa-apa kecederaan, penyakit atau keadaan yang diterangkan dalam item 2(e)(i) dan / atau item 2(e)(ii) di atas, tidak akan dibayar walaupun tuntutan diberitahu kepada Syarikat selepas tamat Tempoh Menunggu.

    f) caj untuk perkhidmatan yang diterima di rumah pemulihan, klinik pemulihan semulajadi dan yang sepertinya, dan untuk rawatan selanjutnya.

    g) ujian mata, pembetulan reflektif mata, keraktomi refraktif mata, pembedahan kosmetik atau plastik dan peralatan, termasuk cermin mata, lensa, bantuan pendengaran, kerusi roda dan prostesis.

    h) rawatan pesakit luar yang tidak berkaitan dengan rawatan pesakit dalam kecuali seperti yang diberi di dalam polisi

    i) keadaan yang telah wujud, kecuali diisytiharkan dan dinyatakan di dalam borang cadangan dan diterima dan diendors oleh syarikat.

    j) rawatan dan / atau kos yang dikenakan di dalam negara selain dari Malaysia berkaitan penyakit atau kecederaan yang telah didiagnos di Malaysia.

    k) rawatan yang berpunca daripada apa-apa keadaan geriatrik, psiko-geriatrik atau psikiatrik termasuk neurosis dan psikosis, kecederaan akibat perbuatan sendiri atau percubaan membunuh diri, akibat penyalahgunaan alkohol dan penagihan dadah.

    l) rawatan untuk kecacatan kongential, termasuk kecacatan fizikal sejak lahir.

    m) rawatan yang berpunca daripada kehamilan, termasuk kelahiran anak, keguguran, ketidaksuburan, penguguran atau sterilisasi, atau pencegah kehamilan, termasuk apa-apa komplikasi yang berkaitan dengannya.

    n) rawatan yang berpunca daripada apa-apa jenis perlumbaan(kecuali berlari), terjun udara, ski air, aktiviti dalam air yang memerlukan peralatan pernafasan, sukan musim sejuk dan aktiviti jenayah.

    o) rawatan yang berpunca secara langsung atau tidak langsung akibat peperangan atau perang saudara (sama ada diisytiharkan atau tidak), penaklukan musuh asing, ketidaktenteraman, pembelotan, revolusi, rampasan kuasa oleh tentera atau pihak berkuasa lain, melibatkan diri atau berkhidmat dengan tentera atau angkatan bersenjata, reaksi nuklear.

    p) caj yang dikenakan untuk kemasukan hospital, pra-kemasukan hospital dan / atau selepas kemasukan hospital selepas tamatnya hari terakhir Tempoh Insurans / Tahun Polisi.
 
bottom   bottom
 
Jadual Manfaat Hospital Insurans Dan Faedah Insurans Bedah Kumpulan
Pelan A
Group Hospitalisation And Surgical Insurance Schedule of Benefits
RM
(A) Room And Board Benefit / Bilik Hospital & Penginapan
(i) Ordinary Ward (Maximum Per day) / Bilik Biasa (Maksimum Sehari)
200
  • Private Hospital Admission (maximum 150 days) / Kemasukan Hospital Swasta (Maksimum 150 hari)
30, 000
(ii) Intensive Care Unit (Maximum per day) / Unit Rawatan Rapi (Maximum Sehari)
400
  • Maximum Per Any One Disability (Maximum 75 days) / Had Maksimum Keseluruhan Setiap Hilangupaya (Maksimum 75 hari)
30,000
(B) Surgical Benefit / Manfaat Pembedahan
  • Maximum Per Any One Disability Not Subject To The Schedule of Surgical Operations and Benefits
    Had Maks. Keseluruhan Setiap Hilang-upaya Tidak Tertakluk Dalam Jadual
37,500
  • Anaesthetist's Fees / Bayaran Anestetis
11,250
(C) Miscellaneous Hospital Benefit / Lain-lain Manfaat Hospital
As charged /
Kos Sebenar Yang Dikenakan
  • Maximum Per Any One Disability / Maksimum Bagi Setiap Hilang-upaya
(D) Consultation Benefit / Manfaat Perundingan
  • Maximum Per Day / Maksimum Sehari
  • Max. Per Any One Disability (Max. 60days) / Had Maks. Keseluruhan Setiap Hilang Upaya(Maks 60 hari)
(E) Emergency Accident Outpatient Treatment / Rawatan Kemalangan Kecemasan Untuk Pesakit Luar
(F) Pre-Hospitalisation Specialist Consultation Benefit / Rawatan Sebelum Kemasukan Hospital
(G) Pre-Hospitalisation Diagnostic X-Ray And Lab / Perbelanjaan X-Ray Dan Makmal Sebelum Kemasukan Hospital
(H) Post-Hospitalisation Benefit (within 31 days) / Rawatan Selepas Kemasukan Hospital (dalam 31 hari)
(I) Outpatient Physiotherapy Treatment / Rawatan Fisioterapi Untuk Pesakit Luar
(J) Ambulance Service / Bayaran Ambulans
200
(K) Government Hospital Daily Cash Allowance (Maximum 150 days) / Wang Tunai Harian Hospital Kerajaan ( Maksimum 150 hari)
100
(L) Medical Report Reimbursement / Bayaran Laporan Perubatan
80
(M) Monthly Outpatient Kidney Dialysis & Cancer Treatment / Rawatan Dialisis Buah Pinggang & Kanser Untuk Pesakit Luar
4,000
(N) Organ Transplant
35,000
(O) Maximum Overall Limit / Had Maksima Menyeluruh
  • Per Member (Malaysia) / Seorang Ahli (Malaysia)
50,000
  • Per Member (Outside Malaysia) / Seorang Ahli (Di Luar Malaysia)
80,000
  • Per Family (Malaysia) / Sekeluarga (Malaysia)
100,000
  • Per Family (Outside Malaysia) / Sekeluarga (Di Luar Malaysia)
200,000
 

NOTA :
Premium-premium yang tercatat di atas hanya digunapakai untuk pembeli yang sihat sahaja. Premium tambahan ataupun pengurangan perlindungan mungkin dikenakan sekiranya kesihatan pembeli terjejas.

*Setiap ahli keluarga (termasuk ahli KPPK sendiri) akan diberikan KAD NUTP Health Care.

 

Notis Penting:

“Sakit Sedia Ada” bermaksud hilang upaya yang Ahli Diinsuranskan mempunyai pengetahuan yang munasabah. Seseorang Ahli Diinsuranskan boleh dianggap mempunyai pengetahuan yang munasabah terhadap keadaan sedia ada bagi satu keadaan yang mana:-

•  Ahli Diinsuranskan telah atau sedang menerima rawatan;

•  nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan yang telah disyorkan;

•  gejala yang jelas dan terang atau yang telah nyata; atau

•  kewujudannya adalah jelas kepada orang yang waras dalam keadaan itu.

“Penyakit Tertentu” bermakna hilang upaya berikut dan komplikasi yang berkaitan dengannya, yang berlaku dalam masa 120 hari pertama dari Tarikh Sijil Berkuat Kuasa bagi insurans Ahli Diinsuranskan:

•  Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit Kardiovaskular

•  Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem perkumuhan dan biliari

•  Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

•  Hernia, hemoroid, fistula, hidrosel, varikosele

•  Endometriosis termasuk penyakit sistem Pembiakan

•  Gangguan spinal vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut

“Tempoh Menunggu” bermakna 30 hari pertama antara bermulanya hilang upaya Ahli Diinsuranskan dan Tarikh Sijil Berkuat Kuasa /tarikh penguatkuasaan semula dan digunakan hanya apabila seseorang dilindungi pertama kalinya. Ini tidak akan digunakan selepas tahun pertama perlindungan. Namun, jika tempoh insurans terputus, Tempoh Menunggu akan digunakan semula.

Perlindungan diseluruh dunia selama 24 jam dan apabila melancong ke luar negara, anda akan terus menikmati perlindungan seluruh dunia sehingga 90 hari.

Pembayaran balik semua kos bagi setiap hilang upaya boleh mencapai jumlah maksima (berdasarkan pilihan anda selagi syarat 14 hari tempoh pemisahan (bagi pekerja) & 90 hari tempoh pemisahan (bagi tanggunggan) dipenuhi.

Penyertaan untuk anak-anak adalah merujuk kepada mereka yang masih belum berkahwin iaitu yang berumur sekurang-kurangnya 15 hari dan di bawah 19 tahun atau tidak melebihi 23 tahun jika beliau merupakan pelajar sepenuh masa dan belum bekerja. Pembaharuan untuk pasangan 65 tahun and ahli 65 tahun.

Ini ialah Pelan Hospital & Pembedahan Kelompok Boleh Dibaharui Tahunan yang melindungi kemasukan ke hospital yang disebabkan sakit/kecederaan dalam tempoh insurans.

Ini adalah pelan yang boleh diperbaharui secara tahunan, apabila anda berhenti membayar premium, pelan ini akan ditamatkan dan tiada nilai tunai akan dibayar.

Great Eastern mempunyai hak untuk mengubah struktur manfaat, pembatasan/had-had dan kadar premium untuk pelan ini dengan memberikan sekurang-kurangnya notis satu bulan. Pembaharuan bukanlah dijamin.

 
 

TONY NG & ASSOCIATES
Group Sales Manager

GREAT EASTERN LIFE ASSURANCE (M) BERHAD (93745-A)
39 (1st Floor), Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang.
E-mel: tonyge@tm.net.my
Tel: 04-2628998 Fax: 04-2631321

KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN,
SEMENANJUNG MALAYSIA

13-15, Jalan Murai Dua, Kompleks Batu,
Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-62535725/62510621 Fax: 03-62582946