
SYARAT PENYERTAAN ANAK DALAM SKIM LIVIN' PAY
- Ahli mesti menyertai skim ini terlebih dahulu sebelum anak-anak boleh menyertainya.
- Penyertaan anak-anak mesti bermula dari anak bongsu dan ke atas.
- Anak-anak juga berkelayakan untuk Faedah Hospital (Hospitalisation Benefits) seperti ahli.
- Sekiranya ahli mempunyai lima orang anak, tetapi dia hanya mampu menginsuranskan untuk tiga orang anak sahaja, maka ahli tersebut mesti menginsurans anak bongsu, anak keempat dan anak ketiga.
- Semasa promosi khas ini, semua anak menyertai dalam peringkat yang sama.
- Premium bulanan bagi anak-anak akan dipotong melalui gaji bulanan ahli.
- Kalau kedua-dua ibu bapa merupakan ahli KPPK, mereka boleh menginsurans anak yang berlainan tetapi bukan anak yang sama semasa promosi khas ini. Walaubagaimanapun, syarat dimana anak bongsu mesti diinsuranskan terlebih dahulu masi berkuatkuasa.
- Bagi ahli-ahli bersara, premium anak-anak mesti dibayar terus kepada KPPK Semenanjung Malaysia seperti ahli.
- Anak-anak boleh menginsurans sehingga RM 262 (RM 250 + RM 12) sebulan. Walau bagaimanapun, penambahan premium hanya boleh diterima selepas tempoh promosi khas ini.
- Anak-anak yang menghidapi penyakit serius atau apa-apa Penyakit Kritikal juga boleh menyertai skim ini semasa promosi khas ini.
SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGECUALIAN DI BAWAH SKIM INI TERMASUK SEGALA PENGECUALIAN PENYAKIT KRITIKAL
- Manfaat Penyakit Krtikal TIDAK akan dibayar untuk penyakit kritikal yang sedia ada.
- Manfaat Penyakit Krtikal akan bermula pada tarikh berikut mengikut mana yang terkemudian :
(i) 60 hari selepas Great Eastern menerima borang permohonan anda dengan sepenuhnya, dan
(ii) Tarikh pertama premium insurans anda dipotong dari gaji bulanan - Sekiranya umur anak pada tarikh penyertaan menjangkau usia 1 tahun, jumlah yang akan dibayar untuk tuntutan Penyakit Kritikal / Kematian adalah 20%, 40%, 60%, 80% dan 100% daripada jumlah insurans dalam tahun pertama sehingga tahun kelima insurans.
- Sekiranya umur anak pada tarikh penyertaan menjangkau usia 2 tahun, jumlah yang akan dibayar untuk tuntutan Penyakit Kritikal / Kematian adalah 40%, 60%, 80% dan 100% daripada jumlah insurans dalam tahun pertama sehingga tahun keempat insurans.
- Sekiranya pada tarikh penyertaan anak itu menjangkau usia 3 hingga 5 tahun, manfaat Kematian dalam masa 2 tahun pertama perlindungan hanya 50% daripada jumlah insurans Kematian akan dibayar untuk penyakit sedia ada yang telah dinyatakan.
- Sekiranya pada tarik penyertaan anak itu menjangkau usia 6 hingga 23 tahun, manfaat Kematian / Hilang Upaya Total & Kekal dalam masa 2 tahun pertama perlidungan hanya 50% daripada jumlah insurans Kematian / Hilang Upaya Total & Kekal akan dibayar untuk penyakit sedia ada yang telah dinyatakan.
- Manfaat Hilang Upaya Total & Kekal hanya melindungi anak-anak yang berumur 6 tahun dan ke atas.
- Penyertaan untuk anak-anak sah adalah diwajibkan kepada anak bongsu dan anak-anak ke atasnya.
SEBARANG PERTANYAAN SELANJUTNYA, SILA MENELEFON, FAKS ATAU E-MEL KEPADA
TONY NG & ASSOCIATES (Group Sales Manager)
GREAT EASTERN LIFE ASSURANCE (M) BERHAD
39(1st Floor), Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang.
Tel : 2628998 / Faks: 2631321
/ E-mel: tonyge@tm.net.my

S1 : Bagaimanakah seorang ahli yang telah bersara pada umur 55 tahun atau lebih awal membayar premiumnya?
JI : Ahli yang telah besara itu mesti mengekalkan keahliannya dengan KPPK sebagai "Associate Member" dan dia mesti membayar premiumnyaterus kepada KPPK, Semenanjung Malaysia.
S2 : Bolehkah isteri / suami ahli yang usianya lebih muda terus menyertai skim ini apabila ahli yang bersara itu meningkat usia 65 tahun?
JI : Boleh. Mereka boleh terus menyertai skim ini segingga mencapai umur 65 tahun tetapi bayaran premium mesti melalui KPPK/ NUTP.
S3 : Sekiranya pemohon itu mempunyai polisi-polisi insurans yang lain, adakah polisi DANA RESTU ini membayar amaun tuntutan yang penuh?
J3 : Ya. Polisi ini akan membayar amaun tuntutan insurans yang penuh walaupun pemohon itu sudah mempunyai polisi-polisi yang lain.
S4 : Jika saya telah tuntut bayaran memasuki hospital dari polisi insurans lain atau syarikat lain, adakah saya layak untuk membuat tuntutan daripada pihak insurans ini?
J3 : Ya, anda layak menuntut Faedah Tunai Harian (Daily Cash Benefit) untuk bilangan malam yang anda diwadkan di hospital. Di samping itu, anda juga layak membuat tuntutan bagi sebarang perbezaan Bayaran Perubatan (Reinbursment of Medical Fees) daripada tuntutan awal dari syarikat atau polisi yang lain.
- Anak-anak BOLEH menyertai skim ini walaupun suami/isteri yang sah bagi ahli yang diinsurankan tidak menyertai skim ini
- Sekiranya gagal untuk mematuhi syarat-syarat di atas, tiada manfaat akan dibayar untuk sebarang tuntutan bagi anak yang diinsurankan dan perlindungannya akan tamat serta-merta dengan segala premium yang diterima (jika ada) dikembalikan.
- Semasa promosi khas, setiap individu yang menginsurans lebih daripada RM 44 adalah tertakluk kepada pengunderaitan.
Syarat-syarat Penyertaan Bagi Anak Ahli Yang Diinsurankan
SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGECUALIAN DI BAWAH SKIM INI TERMASUK SEGALA PENGECUALIAN PENYAKIT KRITIKAL
- Manfaat Penyakit Krtikal TIDAK akan dibayar untuk penyakit kritikal yang sedia ada.
- Manfaat Penyakit Krtikal akan bermula pada tarikh berikut mengikut mana yang terkemudian :
(i) 60 hari selepas Great Eastern menerima borang permohonan anda dengan sepenuhnya, dan
(ii) Tarikh pertama premium insurans anda dipotong dari gaji bulanan - Sekiranya umur anak pada tarikh penyertaan menjangkau usia 1 tahun, jumlah yang akan dibayar untuk tuntutan Penyakit Kritikal / Kematian adalah 20%, 40%, 60%, 80% dan 100% daripada jumlah insurans dalam tahun pertama sehingga tahun kelima insurans.
- Sekiranya umur anak pada tarikh penyertaan menjangkau usia 2 tahun, jumlah yang akan dibayar untuk tuntutan Penyakit Kritikal / Kematian adalah 40%, 60%, 80% dan 100% daripada jumlah insurans dalam tahun pertama sehingga tahun keempat insurans.
- Sekiranya pada tarikh penyertaan anak itu menjangkau usia 3 hingga 5 tahun, manfaat Kematian dalam masa 2 tahun pertama perlindungan hanya 50% daripada jumlah insurans Kematian akan dibayar untuk penyakit sedia ada yang telah dinyatakan.
- Sekiranya pada tarik penyertaan anak itu menjangkau usia 6 hingga 23 tahun, manfaat Kematian / Hilang Upaya Total & Kekal dalam masa 2 tahun pertama perlidungan hanya 50% daripada jumlah insurans Kematian / Hilang Upaya Total & Kekal akan dibayar untuk penyakit sedia ada yang telah dinyatakan.
- Manfaat Hilang Upaya Total & Kekal hanya melindungi anak-anak yang berumur 6 tahun dan ke atas.
SEBARANG PERTANYAAN SELANJUTNYA, SILA MENELEFON, FAKS ATAU E-MEL KEPADA
TONY NG & ASSOCIATES (Group Sales Manager)
GREAT EASTERN LIFE ASSURANCE (M) BERHAD
39(1st Floor), Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang.
Tel : 2628998 / Faks: 2631321
/ E-mel: tonyge@tm.net.my
S1 : Saya sudah menjadi seorang ahli. Bolehkah saya "upgrade"(menambah nilai) kepada 2 unit atau menyertakan pasangan suami / isteri atau anak saya?
JI : Boleh. Sistem kami akan memastikan gaji (premium) anda tidak dipotong dua kali.
S2 : Saya tidak pasti sama ada saya sudah "upgrade"(menambah nilai) kepada 2 unit. Apabila saya memohon tambahan nilai sekali lagi, adakah gaji saya akan dipotong dua kali?
J2 : Tidak, penyertaan maksimum hanya ialah dua. Sistem komputer kami akan memastikan bahawa gaji setiap ahli tidak dipotong melebihi dua kali.
S3 : Adakah saya akan diberi sehelai sijil yang baru?
J3 : Ya. Setiap kali anda "upgrade" (menambah nilai) atau menyertakan ahli keluarga anda, sehelai sijil yang baru akan dikeluarkan oleh pihak kami. SEMUA SIJIL AKAN DIHANTAR KE CAWANGAN KPPK DAN KEMUDIAN DIPOS KEPADA ALAMAT RUMAH ANDA.
S4 : Premium anak akan ditambah apabila mereka melepasi umur 12 tahun atau 18 tahun. Adakah saya perlu melaporkannya kepada syarikat setiap kali apabila anak saya melepasi 12 tahun atau 18 tahun?
J4 : Tidak perlu. Sistem komputer kami secara automatik akan menambah premium anak anda setiap kali apabila mereka melepasi umur yang ditetapkan.
S5 : Saya masih belum menerima sijil saya walaupun syarikat telah mengirimnya. Adakah saya tidak dilindungi insurans?
J5 : Sistem komputer kami akan menunjukkan tarikh apabila sijil anda dicetak, serta nombor sijil anda sebelum dikirim keluar. Sila memastikan alamat rumah atau sekolah anda betul dengan menelefon kami atau KPPK.
S6 : Apabila saya sudah meninggal dunia, bolehkah ahli keluarga saya diteruskan?
J6 : Tidak boleh. Ahli keluarga boleh diinsuranskan HANYA APABILA ahli sendiri diinsuranskan.
S7 : Apabila saya berhenti mengajar atau menyertai profesyen lain yang tidak berkaitan dengan pendidikan, apa yang akan terjadi kepada polisi saya?
J7 : Anda masih boleh diinsuranskan (bersama-sama dengan ahli keluarga anda) asalkan anda meneruskan keahlian anda sebagai "ASSOCIATE MEMBER" dalam Union KPPK.
S8 : Adakah pihak syarikat bermaksud bahawa saya masih boleh menjadi ahli KPPK walaupun saya meninggalkan profesyen perguruan?
J8 : Ya, anda masih boleh menjadi keahlian KPPK. Akan tetapi, keahlian anda akan ditukar kepada "ASSOCIATE MEMBER". Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila menghubungi KPPK dan mereka akan membantu anda.
S9 : Sekiranya saya meninggalkan profesyen perguruan dan menjadi "ASSOCIATE MEMBER", bagaimana pula premium saya akan dibayar?
J9 : Apabila anda meninggalkan profesyen perguruan, tiada potongan gaji akan dilakukan melalui BPA. Oleh yang demikian, anda perlu membayar melalui KPPK Union. Selain itu, anda perlu membayar premium anda setiap tahun (12 bulan) dan bukan setiap satu bulan.
S10 : Apa yang terjadi apabila saya bersara?
S10 : Apabila anda bersara, anda masih boleh menyertai skim insurans kami. Akan tetapi, premium anda perlu dibayar melalui KPPK Union.
S11 : Selain daripada skim insurans yang ditawarkan oleh pihak syarikat, saya masih mempunyai dua polisi insurans (kemalangan dan kematian) daripada syarikat yang lain. Apa yang akan terjadi apabila saya membuat tuntutan?
J11 : Kami akan membayar PAMPASAN PENUH kepada anda sekiranya anda meninggal dunia.
S12 : Bolehkah pasangan suami/isteri saya diinsuranskan sebanyak 2 unit manakala saya sendiri satu unit?
J12 : Tidak. Suami atau anak anda tidak boleh diinsuranskan lebih daripada anda sendiri.


S1 : Apakah yang perlu saya lakukan setelah saya terlibat dalam kemalangan?
J1 : Melaporkan kepada KPPK atau syarikat kami dengan segera. Kami akan mengirimkan anda "Borang Tuntutan".
S2 : Adakah semua tuntutan akan dibayar?
J2 : Kami akan membayar semua tuntutan kemalangan sahaja, dengan syarat anda mesti dimasukkan ke hospital
S3 : Siapakah yang akan bertanggungjawab untuk mengendalikan hal-ehwal tuntutan saya?
J3 : Anda perlu mengisi "Borang Tuntutan" (boleh didapatkan melalui KPPK atau kami) dan memberi maklumat terperinci yang sahih. Kemudian kamu juga perlu mendapatkan :-
i) Laporan polis yang sah
ii) Laporan perubatan tentang kecederaan yang dialami oleh anda
iii) Sijil Kematian (jika kematian berlaku)
Kemudian, KPPK akan membantu anda untuk menghantar segala dokumen yang diperlukan kepada kami dan mengendalikan urusan tuntutan sehingga anda mendapat pampasan daripada syarikat kami. Sekiranya anda masih mempunyai sebarang pertanyaan, sila mendapatkan bantuan daripada KPPK atau kami.
S4 : Sekiranya saya dimasukkan ke Hospital Kerajaan, bolehkah saya membuat tuntutan?
J4 : Boleh. Anda boleh mendapat pampasan RM 100.00 untuk setiap malam yang tinggal di hospital sehingga RM 3000.00 (maks) bagi 1 unit dan RM5000.00 (maks) bagi 2 unit.
SEBARANG PERTANYAAN SELANJUTNYA, SILA MENELEFON, FAKS ATAU E-MEL KEPADA
TONY NG & ASSOCIATES (Group Sales Manager)
GREAT EASTERN LIFE ASSURANCE (M) BERHAD
39(1st Floor), Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang.
Tel : 2628998 / Faks: 2631321
/ E-mel: tonyge@tm.net.my
S : Siapakah yang layak memohon Pelan Manfaat?
J : Anda boleh memohon jika anda berumur dari 15 hari hingga 60 tahun oada harijadi akan datang (pada permulaan kemasukan), Walaubagaimanapun, pelan ini boleh diperbaharui sehingga anda berumur 65 tahun pada harijadai akan datang.
S : Adakah saya dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan?
J : Pada asasnya, semua borang cadangan yang diunderait tidak memerlukan pemeriksaan perubatan. Walaubagaimanapun, untuk peserta yang mempunyai masalah kesihatan, bukti-bukti perubatan lain mungkin dikehendaki dan perbelanjaannnya akan ditanggung oleh pencadang
S : Bilakah polisi saya akan berkuatkuasa?
J : Sebaik sahaja permohonan anda diterima dan premium tahunan pertama telah diterima oleh syarikat. Ia juga bergantung kepada tempoh menunggu biasa selama 30 hari untuk kemasukan hospital dan / atau perbelanjaan perubatan yang bukan diakibatkan oleh kemalangan.
S : Di dalam keadaan apakah perlindungan ini dibatalkan?
J : Pada tarikh ulangtahun polisi apabila anda mencapai umur 65 tahun pada harijadi akan datang. ataupun apabila manfaat keseluruhan yang dibayar sejak tarikh Permulaan Risiko telah mencapai had setiap hilang-upaya.
S : Apakah Perkhidmatan Bantuan Kecemasan?
J : Perjanjian khas telah dibuat untuk memberi Perkhidmatan Bantuan Kecemasan kepada pemegang polisi. Ini termasuk khidmat 24jam rundingcara perubatan do telefon, rujukan doktor dan hospital melalui telefon, khdimat pemindahan perubatan kecemasan dan penghantaran pulang di dalam dan luar Malaysia.
S: Bolehkah saya memperbaharui perlindungan pada akhir tempoh satu tahun?
J : Manfaat hospital insurans dan faedah insurans bedah kumpulan boleh diperbaharui setiap tahun pada kadar premium yang berdasarkan umur yang dicapai, sehingga ulang tahun polisi apabila anda berumur 65 tahun pada harijadai akan datang. Manfaat ini boleh diperbaharui juga bergantung kepda had perlindungan dan kadar premium yang digunakan pada waktu itu dan bukti kebolehinsuran yang diterima oleh syarikat.
S : Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai?
J : Boleh. Tetapi sepanjang masa mesti melalui pembayaran.
S : Bolehkah pasangan ahli (Bukan ahli KPPK) yang usianya lebih muda terus menyertai skim ini apabila ahli yang bersara itu menjelang harijadi ke 65?
J : Tidak
S : Kalau pelan keluarga dipilih, adakah premium berdasarkan umur ahli itu?
J : Tidak semestinya premium akan berdasarkan umur yang lebih tua antara ahli dan pasangan ahli.
S : Bolehkah saya masuk hospital selain daripada hospital panel yang ternyata dalam polisi?
J : Boleh. Tetapi perlu mengisi borang tuntutan bayaran balik bil hospital selepas keluar daripada hospital tersebut.
SEBARANG PERTANYAAN SELANJUTNYA, SILA MENELEFON, FAKS ATAU E-MEL KEPADA
TONY NG & ASSOCIATES (Group Sales Manager)
GREAT EASTERN LIFE ASSURANCE (M) BERHAD
39(1st Floor), Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang.
Tel : 2628998 / Faks: 2631321
/ E-mel: tonyge@tm.net.my