KPPK dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia.

KPPK adalah kesatuan yang ditubuhkan untuk guru-guru oleh para guru pada tahun 1974. Ia adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK).

Kesatuan sekerja yang terbesar di Malaysia
  Kesatuan yang terbesar dalam Perkhidmatan Awam
  Kesatuan guru yang tunggal di dalam Cuepacs.
  KPPK menganggotai Majlis Bersama Kebangsaan (MBK).
 Pengasas Asean Council of Teachers (ACT)
  Anggota tunggal dari Malaysia dalam “Education International”.
  Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan agensi-agensi lain melalui         Education International.
Kenapa anda perlu menyertai KPPK?

Adalah wajar bagi semua guru menjadi ahli KPPK untuk memperkuatkan perjuangan profesion bagi memperolehi serta menikmati pelbagai faedah. Penyertaan anda sebagai ahli KPPK supaya dapat bersama-sama membinanya sebagai kesatuan keguruan kebangsaan dan antarabangsa yang ulung bagi meningkatkan martabat kaum guru dan pengaruh profesion perguruan.

Keanggotaannya terbuka kepada semua guru tanpa mengira taraf, kelulusan, keturunan, agama, aliran latihan atau pegangan politik..

Matlamat KPPK

KPPK sebagai sebuah kesatuan pembela kaum guru dan pembela profesion perguruan, sentiasa prihatian terhadap perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Ia juga berjuang untuk meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara, KPPK juga berusaha untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru.

Kejayaan KPPK

Kemudahan-kemudahan asas yang disediakan:

  Jawatan tetap dan berpencen   Baiki nisbah guru / murid.
  Kemudahan perumahan   Cuti Sambilan / cuti perkahwinan.
  Kemudahan perubatan   Meningkatkan kadar kemasukkan guru ke universiti.
  Pariti gaji   Kelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia bagi guru-guru tetap untuk peningkatan gred.
  Gaji sama bagi guru wanita.   Kelonggaran syarat lulus Peperiksaan Am.
  Mencantumkan ratusan skim gaji guru kepada 2 skim.   Meningkatkan fasiliti perubatan.
  Status tetap kepada guru wanita.   Insentif kenaikan gaji.
  Perhargaan kepada guru – Hari Guru   Gaji bagi guru sandaran terlatih yang bercuti bersalin.
  Peningkatan status guru dari Kumpulan C kepada Kumpulan B.   Bonus tahunan.
  Berjuang bersama Cuepacs untuk penyelarasan gaji bagi semua kakitangan kerajaan.   Imbuhan tetap perumahan.
  Mendapat gaji sama bagi guru siswazah seperti siswazah dalam perkhidmatan yang lain.   Peningkatan status Sijil Perguruan Asas ke taraf Diploma.
  Peluang kenaikan pangkat untuk guru siswazah dan guru bukan siswazah.   Laporan daripada Tan Sri Arshad
  Menentukan Hadiah Pergerakan Gaji (HPG).   Kenaikan pangkat secara Time-Based.
  Menentukan kadar elaun untuk kerja.  
Laman Utama      Tentang Kami      Organisasi      Pendaftaran      Perkhidmatan      Keahlian      Hubungi Kami
                                                                           nutp.org © 2005 • Privacy policy • Terms of Use