NUTP Mohon JPA Memanjangkan Pemberian Insentif Guru untuk Kumpulan Guru DGA29 ke DG41 Diperluaskan kepada Kumpulan Guru DGA29 ke DG41 Yang Berada di DG44

 

 

Pihak NUTP telah mengadakan perjumpaan dengan pihak JPA pada
19 Ogos 2008 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengenai kumpulan guru bukan siswazah (DGA29) yang melanjutkan pelajaran kemudian dilantik ke Gred DG41 sebagai guru siswazah di mana tempoh perkhidmatan sebagai guru bukan siswazah harus diambil kira.

Insentif guru ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mei 2008 sempena Hari Guru, iaitu tempoh perkhidmatan guru di Gred DGA29 juga diambil kira bagi tujuan pertimbangan kenaikan pangkat dari Gred DG41 ke Gred DG44 iaitu setiap 3 tahun pengalaman di Gred DGA29 dikira sebagai 1 tahun di Gred DG41 tertakluk kepada had maksimum tiga tahun pengalaman yang diberikan. Ini bermakna tempoh kenaikan pangkat dari DG41 ke DG44 secara time-based dapat dipendekkan dari 10 tahun menjadi hanya 7 tahun sahaja.


Pihak NUTP mengucapkan terima kasih kepada pihak JPA kerana insentif ini dipanjangkan kepada guru DGA32/DGA34. Namun demikian NUTP mahu insentif ini dipanjangkan juga kepada guru bukan siswazah yang melanjutkan pelajaran kemudian dilantik ke DG41 dan kini berada di DG44.

Sebenarnya kumpulan guru ini tidak ramai dan terhad kerana Gred DG44 hanya diperkenalkan pada 2004. Ramai daripada mereka ini sama ada telah berada di Gred DG48 ataupun sudah bersara.

Hasil perbincangan di antara NUTP dengan JPA adalah amat positif. Pihak JPA sanggup memberi pertimbangan kepada kumpulan guru DGA29/DG41 yang kini berada di DG44 untuk tujuan mengambil kira tempoh perkhidmatan dalam PPPLD (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma) supaya 3 tahun perkhidmatan diberi 1 tahun pengalaman mengajar untuk tujuan urusan kenaikan pangkat secara time-based DG48.

NUTP menyeru kumpulan guru yang terlibat untuk mengemukakan maklumat mereka kepada NUTP melalui faksimili ke nombor 03-62511060/ 62582946/62572414 untuk membolehkan kami menyediakan kertas kerja serta senarai nama guru yang terlibat untuk dipanjangkan ke JPA.

 
 
Sila klik disini > borang.doc
 
Laman Utama      Tentang Kami      Organisasi      Pendaftaran      Perkhidmatan      Keahlian      Hubungi Kami
                                                                           nutp.org © 2005 • Polisi Sulit • Terma-terma yang digunakan