top.gif (4398 bytes)

______________________

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998
______________________


KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN


TUJUAN

1.     Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah pelaksanaan kemudahan cuti bagi seseorang anggota wanita di dalam perkhidmatan awam Persekutuan yang bersalin.


LATAR BELAKANG

2.     Kerajaan telah memberi beberapa kemudahan cuti bagi seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin seperti Cuti Bersalin untuk pegawai wanita mengikut Perintah Am 25 dan 26 Bab C dan untuk guru wanita mengikut Perintah Am 54 Bab C. Kemudahan ini diperjelaskan lagi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1984 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan satu masyarakat penyayang, kerajaan telah bersetuju tempoh Cuti Bersalin dipanjangkan daripada 42 hari kepada 60 hari.


PELAKSANAAN

3.     Seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin layak mendapat kemudahan Cuti Bersalin sebanyak lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatannya.

4.     Bagi setiap Cuti Bersalin, pegawai/guru wanita layak diberi cuti selama 60 hari yang dikira mulai dari tarikh pegawai/ guru wanita bersalin.


mukasurat 1