Berita Terkini

Makluman

PENGUMUMAN

Calon Tercicir Menduduki Semula Komponen Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Melalui Kaedah Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) Calon Mengulang

Guru-guru yang tercicir sila akses ke laman web Unit Kompetensi Cyberjaya / Hubungi Jabatan Pelajaran Negeri Perak / Pejabat Pelajaran Daerah Manjung / NUTP untuk memperolehi soalan-soalan tugasan.

Tarikh tutup untuk dikemukakan kepada Unit Kompetensi Cyberjaya pada 6 Disember 2009


Makluman

Keputusan Mesyuarat diantara Kesatuan Perkhidmatan Perguruan dengan Pihak Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 10 & 11 October 2009

Makluman

Surat Pekeliling Ikhtisas : Bil 5/2009
Bayaran-Bayaran Tambahan Persekolahan

Makluman

Penjelasan Mengenai Syarat Khusus Bagi Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44 Ke Gred DG48 Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (ex-PPPLD)

Makluman

Mesyuarat Pelarasan dan Semak Data Guru Sekolah Rendah 13 & 14 November 2009

Saudara /Saudari Pejabat Pelajaran Daerah Raub, Pahang menjelaskan bahawa bayaran RM110.00 boleh dituntut semula.
Setiap sekolah layak membuat tuntutan perjalanan seorang sahaja ( menggunakan kereta ).
Waktu pendaftaran adalah jam 12.00 – 12.30 tengahari pada 13 November 2009 dan mesyuarat tersebut tamat pada jam 11.00 pagi.
Harap guru yang membuat aduan tersebut berpuashati dengan penjelasan ini.

Makluman

STATUS GURU TINGKATAN 6

Makluman

Kumpulan Guru DGA29/41

Makluman

Mesyuarat Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja Dan Mesyuarat Jawatankuasa Membantu Pekerja Yang Diberhentikan

Makluman

Waktu Kerja Guru Tingkatan 6

Saudara / Saudari

Satu mesyuarat diantara NUTP dan Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sekolah telah diadakan pada 3 September 2009.

Kami dimaklumkan guru tingkatan 6 tidak semesti balik pada pukul 4.00 petang, waktu bertugas adalah fleksible.

Harap Saudara / Saudari berbincang dengan Pengetua Sekolah.

Makluman

Pelaksanaan Open Book Test Bagi Komponen Generik Peperiksaaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Dan Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) Di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Makluman

Cuti Khas Pada 18 September 2009
Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H

Saudara/ Saudari

- Sekolah diberi Cuti Khas dan bukan Cuti Ganti.
- Cuti Khas ini untuk kumpulan bukan guru dan guru serta Pensyarah di Institusi Pendidikan
Contoh : Sekolah Kerajaan, IPGM ,Sekolah Swasta, Matrik, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Harap Maklum.

Makluman

Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H

Makluman

Saudara / Saudari

[ PERINGATAN / AMARAN ]

- Semua guru yang ingin menjadi ahli NUTP hanya dibenarkan mengisi borang ahli dan borang biro potongan angkasa sahaja.
- NUTP tidak membenarkan mana-mana agen insuran mengutip wang tunai dari guru.
- Semua bayaran dibuat melalui potongan angkasa.
- Kalau syaki agen insuran mengutip wang dari guru sila hubungi setiausaha cawangan.

Makluman

Pengambilan Cuti Berganti Pada 18 September 2009 (Jumaat) Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H

Makluman

Bayaran Bantuan Khas RM500 Untuk Kumpulan Sokongan

Sdri/Sdri

Pihak NUTP telah menerima banyak email, sms dan panggilan telefon mengenai bayaran bantuan khas RM500 untuk kumpulan sokongan sahaja.Kami telah mengemukakan surat rayuan kepada Y.A.B Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri memohon agar bayaran bantuan khas RM500 dipanjangkan kepada P&P.Diharap semua bersabar.

Harap Maklum

Setiausaha Agung NUTP | Presiden NUTP

Makluman

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44 Ke Gred DG48 Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Tahun 2009

Makluman

Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) ditarik balik.

Sdr / Sdri Pihak NUTP sedang mengumpul maklumat ahli yang mengalami masalah HKG ditarik balik apabila ditawarkan urusan kenaikan pangkat secara time based DG44.Pihak NUTP perlu maklumat ini untuk dikemukakan ke pihak kerajaan.

Muat Turun BORANG HKG DITARIK BALIK

Makluman

Pendekatan Pelaksanaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011

Makluman

SATU KEJAYAAN NUTP

GURU EX-PPPLD DGA29/DG41 YANG BERADA DI DG44

Mesyuarat NUTP dengan JPA pada 10 Julai 2009 telah memaklumkan bahawa kumpulan guru EX-PPPLD DGA29/DG41 yang berada di DG44 akan diberi 3 tahun pengalaman mengajar ( 3 tahun seniority PPPLD = 1 tahun pengalaman mengajar ) untuk membolehkan kumpulan guru ini memohon Urusan Kenaikan Pangkat Time Based DG48 ( 7 tahun [DG44] + 3 tahun pengalaman mengajar PPPLD ).
Tarikh kuatkuasa 1 Julai 2009.

Terima kasih Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lok Yim Pheng,
Setiausaha Agung NUTP

Makluman

SEGERA

Untuk Makluman Ahli-Ahli KPPK Tingkatan 6

Saudara/ Saudari diminta kemukakan nama dan maklumat diri sekiranya tercicir dalam urusan kenaikan pangkat ke Tingkatan 6 FASA 1

Sila lengkapkan borang yang disediakan dan faks kepada Setiausaha Cawangan atau Ibu Pejabat NUTP 03 62511060 selewat-lewatnya 5 Julai 2009

Pihak NUTP akan membantu mengemukakan nama kes-kes tercicir untuk semakan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sila sertakan No. Ahli.

Muat turun LAMPIRAN A

Muat turun LAMPIRAN A

Makluman

SEMUA GURU TINGKATAN 6

1. Pihak NUTP akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai masalah-masalah guru tingkatan 6 pada 30 Jun 2009.
2. Sila kemukakan maklumat lengkap kepada NUTP sekiranya saudara/ saudari tercicir dalam Fasa 1 dan 2.

Makluman

ISU TINGKATAN 6

Guru yang berada di Gred KUP
Contoh : DG44 hanya ditawarkan gred DG44 hakiki.

Untuk maklumat saudara / saudari
Semua jawatan tingkatan 6 merupakan jawatan hakiki, jadi perlu ditukarkan dari KUP ke hakiki terlebih dahulu

Ahli-ahli NUTP yang tidak berpuas hati dengan Urusan Pemangkuan di Tingkatan 6 adalah diminta mengemukakan Nama, No.Kp dan alamat sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dalam proses menyelesaikan masalah ini.Pihak NUTP perlu hantar nama guru-guru yang terlibat dalam urusan ini.Diharap bersabar.

Makluman

PEMANGKUAN

Apa maksud Pemangkuan?

Seorang guru yang telah ditawarkan jawatan hakiki mesti memangku terlebih dahulu. Selepas Pemangkuan 6 hingga 1 tahun pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri akan menguruskan pengesahan jawatan.

Contoh :

DG41 ditawarkan Pemangkuan DG44 pada 1.1.2009

Pada bulan Jun / Julai pihak sekolah boleh uruskan pengesahan jawatan DG44. Guru ini akan menikmati gred DG44 Hakiki dikebelakangkan tarikh. Guru diminta jangan tolak tawaran pemangkuan tanpa memahaminya.

Makluman

Isu PTK

Untuk makluman sdr/ sdri

Guru yang mempunyai keputusan PTK Aras II boleh mendaftarkan diri bagi peperiksaan PTK berkali-kali tanpa hadnya.Manakala guru yang sudah memperolehi PTK Aras III hanya dibenarkan mengambil peperiksaan sebanyak 2 kali sahaja.
NUTP sedang berusaha meminta Jabatan Perkhidmatan Awam menggugurkan syarat ini.Semua guru diberi peluang menduduki peperiksaan tanpa hadnya

Makluman
Saudara/Saudari,

Penjelasan mengenai tarikh lantikan kumpulan Ex-PPPLD Gred DG41 ke DG44 melalui formula 7+3

3 tahun pengalaman mengajar yang ditawarkan hanya untuk tujuan kenaikan gaji ke DG44 secara KUP lebih awal bukan untuk mengawalkan tarikh lantikan.
Tarikh lantikan 16.5.2008 merupakan tarikh rasmi dan dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian, Harap Maklum.

Makluman

Urusan Pemangkuan PPPS Gred DG41 ke Gred DG44 (Bidang Umum/Bidang Teknikal/Bidang Pendidikan Islam) Tahun 2009/2010 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Makluman

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005

Makluman

Urusan Kenaikan Pangkat Ex PPPLD dan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time Based Saluran Biasa

[ Berbeza ]

Contoh :

1) Guru dilantik ke DG41 pada 1.1.1998 yang layak untuk urusan kenaikan pangkat secara time based ke DG44 adalah melalui saluran biasa. Tarikh lantikan ke DG44 tidak boleh 16.5.2008.

2) Sekiranya sesiapa yang ada masalah sila kemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia / NUTP.

Makluman

Kumpulan guru Ex PPPLD DGA29/41 ke DG44

Guru yang tarikh lantikannya pada tahun 1999 dan 2000 telah diberi tarikh lantikan yang sama dalam gred DG44. NUTP telah terima banyak soalan dan aduan kerana tidak puashati dengan tarikh lantikan ke DG44 KUP. Sila kemukakan surat aduan ke Yg. Bhg. Dato’ Hj. Kamarozaman bin Hj. Mohd. Noor
Timbalan Ketua Setiausaha ( Sumber Manusia )
Kementerian Pelajaran Malaysia

Makluman

Semua Guru PJJ / OUM di UNISEL / UTAR

Sila kemukakan maklumat diri untuk dikemukakan ke Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merayu agar kursus-kursus PJJ / OUM di UNISEL / UTAR diiktirafkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Perkhidmatan Awam.

NAMA :
SEK :
No I/C :
Bidang Kursus PJJ / OUM
* UNISEL atau UTAR
(Potong yang mana tidak berkenaan)


Makluman

DGA29/41 ke DG44 Secara 7 + 3 tahun

Seramai 7,000 orang guru telah diluluskan oleh JPA.
senarai nama kini berada di Kementerian Pelajaran Malaysia

Harap Maklum

Makluman

Saudara / Saudari
Penyediaan Kajian Tindakan di Johor, NUTP dimaklumkan bahawa hanya sedia dalam bentuk lesson note

Harap maklum.

Lok Yim Pheng,
Setiausaha Agung NUTP

Makluman

Open Book Test bagi komponen generik (umum) peperiksaan PTK Gred 17 hingga 44 di Kementerian Pelajaran Malaysia/Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia

Makluman

Sukatan Peperiksaan PTK Bagi DG44 - Komponen Umum/Generik

Makluman

TEMA PERAYAAN HARI GURU 2009

Makluman

Penjelasan Mengenai Elaun Kritikal

Makluman

Semua Ahli NUTP

Penjelasan mengenai perkara yang disiarkan dalam TV. DG41 dinaikkan pangkat ke DG44 secara automatik.

+ Ini hanya untuk Guru Besar yang berada di DG41 sahaja.
+ Syaratnya mesti lulus PTK.

Harap maklum

Setiausaha Agung NUTP

Makluman
Saudara/Saudari,

DG44 ke DG48 - CADANGAN DAN TUNTUTAN NUTP

Penjelasan mengenai ayat berikut:

“mengambil kira tempoh perkhidmatan dalam PPPLD”

Bermakna seorang guru bukan siswazah bertugas dalam gred DGA29/32/34/38 yang sudah berada di DG44 pengalaman mereka diambil kira supaya 3 tahun perkhidmatan sebagai bukan siswazah diberi satu tahun pengalaman mengajar untuk ke DG48. Maksimum 3 tahun pengalaman mengajar sahaja diambilkira.

Contoh:

Guru DG44 sudah berkhidmat 7 tahun dan sebelum itu pernah berkhidmat sebagai guru bukan siswazah selama 9 tahun akan diberi 3 tahun pengalaman mengajar untuk ke DG48 KUP.

DG44 = 7 tahun
DGA29/32/34/38 = 3 tahun pengalaman mengajar
(berkhidmat 9 tahun)
Jumlah = 10 tahun
(Layak mohon ke DG48 KUP)

Cara pengiraan pengalaman mengajar sebagai bukan siswazah:

3 tahun berkhidmat diberi 1 tahun
5 tahun berkhidmat diberi 1 tahun
6 tahun berkhidmat diberi 2 tahun
8 tahun berkhidmat diberi 2 tahun
9 tahun berkhidmat diberi 3 tahun
10 tahun dan seterusnya diberi 3 tahun

Makluman

Saudara / Saudari,
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 -Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)-

1. Semua Guru terlibat boleh muat turun borang daripada laman web JPA.
2. Borang berkenaan mesti dilengkapkan dan diserahkan kepada Guru Besar / Pengetua.
3. Sekiranya terdapat Guru Besar / Pengetua enggan menerima borang tersebut sila hubungi NUTP dengan segera .
Pn Yanie : 03 – 6251 0621
4. Sdr / Sdri diberi tempoh masa sebulan untuk membuat keputusan, selepas tarikh yang ditetapkan tidak boleh buat rayuan.

Makluman

Makluman penting untuk ahli-ahli NUTP.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 -Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)-

Makluman

Saudara / Saudari,
Sila muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bil 19 Tahun 2008 dari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam www.jpa.gov.my. Isi borang buat 2 salinan dan serahkan kepada Pengetua / Guru Besar. Satu salinan hendaklah disimpan dan kenal pasti borang ditandatangani oleh pentadbir sekolah.Semasa serahkan kepada pentadbir perlu ada bukti bahawa borang sudah dihantar ke sekolah.
Harap Saudara / Saudari jelas dan ambil maklum.

Makluman

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18/2008 mengenai Peningkatan Maksimum Cuti rehat Dan Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dikumpul Untuk Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) Kepada 150 Hari “ TIADA ” kaitan dengan Pekeliling Bilangan 14/2008 Kadar Cuti Rehat Tahunan Dan Tawaran Opsyen Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam.

Borang Opsyen Bil 14/2008
1. Tiada paksaan
2. Sdr/sdri diberi kebebasan memilih

Makluman

Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Pekeliling Perkhidmatan Bil 19/2008

Telah dipaparkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam.Sila kenalpasti saudara dan saudari yang terlibat membaca pekeliling tersebut dengan jelas dan membuat keputusan yang betul.Pihak kerajaan memberi peluang sekali sahaja.Pihak JPA akan mengadakan Roadshow mengenai tawaran ini.

Makluman
Skim KWSP Bertukar ke Skim Pencen

Surat Pekeliling akan disiarkan selepas 18 Disember 2008 dalam laman web.
Sila buat keputusan yang bernas.

• Pencen diambilkira pada tarikh lantikan pertama
• Share caruman kerajaan perlu diserah balik kepada kerajaan.

Makluman

Aduan Tidak Berpuashati Kumpulan Guru-Guru DG44

Makluman

Pihak NUTP telah menghubungi Yg Bhg Dato’ Hj Alimuddin Bin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mengenai nasib guru yang mengajar tingkatan 6 yang masih belum memenuhi syarat seperti berikut :

1. belum cukup tempoh perkhidmatan 5 tahun di DG41
2. Belum lulus PTK atau sedang menunggu keputusan PTK atau sedang menunggu panggilan untuk menghadiri kursus PTK

Semua guru tingkatan 6 yang terlibat ini tidak boleh digantikan dengan guru yang lain.Mereka mesti diberi peluang terus mengajar tingkatan 6 sehingga memenuhi syarat.

Makluman

NUTP mohon JPA memanjangkan pemberian insentif guru untuk kumpulan guru DGA29 ke DG41 diperluaskan kepada kumpulan guru DGA29 ke DG41 yang berada di DG44

Makluman
Umur layak diberi pencen bagi anggota yang bersara pilihan

Makluman:

Penilaian Tahap Profesiensi

Pihak NUTP telah kemukakan rayuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai Penilaian Tahap Profesiensi dalam Bahasa Inggeris khasnya untuk kumpulan guru yang pernah mengambil peperiksaan berkenaan pada tahun 2007 dan memperolehi keputusan Tahap 3.
Namun demikian sehingga kini Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak memberi maklumbalas.Ini bermakna Sdr/Sdri perlu menduduki PTP bagi tahun 2008.Harap maklum.

Makluman :


Perjumpaan Khas NUTP dengan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 27 Mei 2008

1. Semua Pensyarah di IPG dan Matrikulasi akan dinaikkan gred dari DG41 ke 44 / 48 / 52 / 54.
- NUTP dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia akan mempercepatkan prosesnya.
2. Guru Tingkatan 6.
- Bahagian Sumber Manusia akan memproses urusan kenaikan pangkat guru-guru tingkatan 6 apabila menerima semua dokumen dan senarai nama pemohon dari Jabatan Pelajaran Negeri.
3. Insentif Guru untuk kumpulan Guru DGA29 / 41.
- Ramai ahli hubungi NUTP mengenai surat pekeliling berkaitan dengan 3 tahun pengalaman mengajar untuk Guru DGA29 / 41.Sdr/Sdri diminta bersabar kerana NUTP dimaklumkan Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam diberi 3 bulan untuk menyediakan dokumen ini.

Makluman :
Kepada Ahli KPPK Perak

Makluman:

Penerangan mengenai Potongan Cukai Pendapatan yang tinggi bagi tahun 2008

Makluman:

Borang Tawaran Option melanjutkan umur Persaraan ke 58 tahun akan dikeluarkan pada 1Julai 2008 kepada semua anggota sektor awam

 

Makluman:

Kepada Ahli NUTP yang amat dihormati.,

• Pemimpin-pemimpin NUTP telah mengadakan perjumpaan dengan Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha kementerian Pelajaran Malaysia pada 28 Mei 2008 mengenai tuntutan pemberian 3 tahun pengalaman mengajar untuk kumpulan DGA29 / DG41.
• NUTP memohon Kementerian Pelajaran Malaysia memanjangkan pemberian Insentif 3 tahun pengalaman mengajar kepada kumpulan guru PPPLD yang berada di gred DG44 / DG48.
• NUTP juga memohon Kementerian Pelajaran Malaysia memanjangkan Insentif guru ini kepada kumpulan guru PPPLD gred DGA29 ke DGA32 yang dilantik ke DG41.

Makluman:

Jawapan pada soalan-soalan yang kerap ditanya oleh ahli

Kumpulan guru gred DGA29 diberi pertimbangan kenaikan pangkat secara Time-Based dari DG41 ke DG44.

Kaedahnya:

3 tahun pengalaman di PPPLD diberi 1 tahun pengalaman mengajar untuk tujuan diatas.
Maksimum 3 tahun pengalaman diberi.

Contoh :

1. PPPLD 9 tahun
2. PPPLD 10 tahun
3. PPPLD 15 tahun

}

3 tahun pengalaman mengajar diberi

Makluman:

Jawatan Guru Cemerlang / Pengetua Cemerlang

Tempoh perkhidmatan Guru Cemerlang gred DGA29 ke DGA 32 dan gred DG41 ke DG44 dipendekkan daripada 7 tahun kepada 5 tahun.

Makluman:

Tuntutan Elaun Kritikal untuk Guru yang mengajar ketukangan

Untuk maklumat saudara / saudari Elaun Kritikal yang telah ditarikbalik pada awal tahun 2008 akan dibayar semula.Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan surat memberitahu tarikh kuatkuasa.

Harap maklum.

Lok Yim Pheng,
Setiausaha Agung NUTP

Pengumuman untuk Semua Ahli KPPK:

Penilaian Tahap Profisiensi Dalam Bahasa Inggeris (PTP)

Pihak NUTP telah menghubungi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru dan dimaklumkan bahawa PTP yang dijadualkan pada 26.4.08 hingga 24.05.08 akan ditundakan pada satu tarikh baru.

Tujuan PTP adalah untuk menambahbaikan PPSMI di peringkat sekolah tiada kaitan dengan BISP.

Harap maklum.

Penstrukturan semula sekolah:

Pengumuman untuk Semua Ahli KPPK:

Kedudukan Guru Penolong Kanan di Sekolah Rendah Gred B Yang Berijazah

Guru DG41 yang sedang menyandang jawatan GPK boleh kekal dijawatannya, Sekiranya guru ini telah memperolehi Gred DGA32 dan dilantik sebagai GPK sebelum ditawarkan DG41.

Status KUP DGA32 boleh ditukarlantik ke DGA32 hakiki melalui JPN.

Jawapan dari KPM/BSM merupakan kes dimana guru dilantik ke DG41 kemudian baru ditawarkan jawatan GPK di sekolah rendah Gred B.

 

Pengumuman untuk Semua Ahli KPPK:

Peringatan Kebenaran mengikut Kursus Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Ahli-ahli NUTP diminta berhati-hati semasa mengikuti kursus PJJ / OUM.

• Semua kursus di ikuti perlu memohon kelulusan / kebenaran dari Bahagian Pendidikan Guru melalui Jabatan Pelajaran Negeri.
• Kursus PJJ mesti menepati opsyen sendiri dimaktab.

Harap maklum.

Lok Yim Pheng,
Setiausaha Agung NUTP

 

Pengumuman untuk Semua Ahli KPPK:

Isu Gaji DGA29 / DG41

Isu Gaji DGA29 / DG41 KPPKSM sedang memproses borang yang diterima. Dianggarkan jumlah borang terima sebanyak 3,000 set.Setelah mengemaskini borang mengikut kumpulannya KPPK akan kemukakan ke Kementerian Pelajaran Malaysia selewat-lewatnya pada bulan April 2008.

Harap maklum.

Lok Yim Pheng,
Setiausaha Agung NUTP

Rayuan pindaan tarikh lantikan di Gred DG41: -

Permohonan menduduki semula kursus komponen PTK:

Untuk Perhatian Semua Ahli KPPK:

Isu Perjawatan Baru.

a) Tingkatan 6

b) Kedudukan GPK lantikan dalam kerana sekolah Gred B dinaik taraf.

NUTP akan menga Malaysia dalam masa terdekat untuk mengatasi masalahnya .

Harap maklum.dakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pelajaran

Lok Yim Pheng,
Setiausaha Agung NUTP

Kumpulan Guru DGA29/DG41:

Pekeliling Perkhidmatan Bil 33/2007 :

Penerangan mengenai Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2007:

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2007 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ditarik balik bagi Tukang K1, Tukang K2, PPPS (ketukangan), PPPLD (ketukangan).

Mulai kuat kuasa pada 1 Januari 2008.

Sila rujuk laman web Jabatan Perkhidmatan Awam

Laman Utama      Tentang Kami      Organisasi      Pendaftaran      Perkhidmatan      Keahlian      Hubungi Kami
                                                                           nutp.org © 2005 • Polisi Sulit • Terma-terma yang digunakan