Kesatuan sokong ciri sekolah baru

 

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan ciri baru sekolah mulai tahun depan yang mampu menempatkan mangsa banjir tanpa menjejaskan operasi dan sesi pembelajaran.

Bagaimanapun, mereka mahu cadangan itu diperkukuhkan serta diperkasakan lagi dengan mengembangkan konsep pembinaan berkenaan di seluruh negara dan bukannya di kawasan berisiko banjir saja.

Presiden NUTP, Anuar Ibrahim, berkata cadangan itu mungkin boleh dipertimbangkan serius oleh Kementerian Pelajaran berikutan beberapa kes mengejut berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini berlaku di kawasan jarang dilanda banjir.

“Kawasan lain juga harus diambil kira dan bukannya negeri yang berisiko dilanda banjir saja kerana melalui apa yang saya baca di akhbar hari ini (semalam), faedahnya bukan saja boleh digunakan ketika banjir iaitu sebagai pusat penempatan sementara tetapi ketika di luar musim banjir.

“Jika apa yang diperkatakan Tan Sri Dr Dzulkarnain Awang (Setiausaha Kementerian Pelajaran) menjadi realiti, ia akan memberi keselesaan kepada guru serta pelajar ,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Laman Utama      Tentang Kami      Organisasi      Pendaftaran      Perkhidmatan      Keahlian      Hubungi Kami
                                                                           nutp.org © 2005 • Polisi Sulit • Terma-terma yang digunakan