KUALA LUMPUR: Semua guru di negara ini
disaran menjadi ahli kesatuan guru tempatan yang ada supaya
nasib mereka dapat diadili terutama dalam kes membabitkan
masalah yang tidak dapat diperjuangkan pihak lain.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim berkata, apabila terdapat
kes ‘luar biasa’, hak guru terbabit dapat
diperjuangkan dan dilindungi oleh persatuan yang dianggotai.
Beliau berkata, di negara ini ada 24
kesatuan guru yang sedia berkhidmat untuk golongan guru
dan mereka boleh memilih mana satu yang disukai, yang
penting hak mereka terjaga.
“Jangan pula termasuk dalam golongan
yang rugi apabila nasib mereka tidak dapat diperjuangkan
bila berlaku masalah luar biasa seperti masih tidak menerima
gaji dalam tempoh yang dijanjikan.
“Guru yang tidak berpersatuan juga tidak seharusnya
tergolong dalam kumpulan yang hanya menunggu untuk menerima
faedah daripada perjuangan orang lain,” katanya
ketika dihubungi semalam. Anuar berkata, golongan guru
perlu sedar kepentingan menjadi ahli kesatuan dan manfaat
besar yang diperoleh mereka.
Katanya, ini kerana kesatuan bertindak
sebagai perantara untuk guru mengutarakan sebarang masalah
yang dihadapi.
“Kita sering membuat forum dengan
pihak berwajib dan itu adalah platform untuk kita menyampaikan
dan mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi guru
berkaitan pelbagai isu menyeluruh membabitkan hak guru,”
katanya.
Beliau berkata, jika lebih ramai guru
memasuki kesatuan, suara mereka menjadi lebih kuat dan
pihak berwajib akan lebih bersedia mendengar masalah yang
dibawa.
Berhubung tindakan pemotongan cukai pendapatan
yang dianggap terlalu tinggi melalui pelaksanaan sistem
pemotongan Pembayaran Cukai Berjadual (PCB), Anuar berkata,
pihaknya akan mengambil langkah seterusnya dengan menghubungi
Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
“Kita akan berjumpa dengan pihak
Cuepacs dalam masa terdekat ini bagi mencari penyelesaian
kepada masalah ini kerana ia juga berhubung dengan masalah
membabitkan kakitangan awam,” katanya.
Difahamkan, tindakan itu yang berkuat
kuasa awal tahun ini, dikatakan membelakangkan pandangan
guru dan NUTP sebagai badan yang mewakili lebih 145,000
tenaga pengajar di seluruh negara.
Menurut NUTP, pihaknya hanya menyedari
perkara itu melalui pekeliling yang dikeluarkan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) di mana potongan yang dikenakan
H.Metro-- |