Hak ke atas manfaat dari Tabung Kebajikan, Tabung Khairat Kematian dan Tabung Tindakan Perusahaan.
Layak untuk memohon pengecualian yuran bulanan jika menyambung belajar atau menghadiri kursus lebih dari 6 bulan tanpa perlu membayar atau bayar separuh sahaja.
Jika tidak bekerja atau mengalami penyakit kritikal, yuran bulanan ahli yang tertunggak akan diberi diskaun atau kadar istimewa dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga Eksekutif atau Delegasi Persidangan.
Hak ke atas pemeriksaan Buku Pendaftaran dan Akaun Kesatuan.
Hak untuk membuat aduan bertulis kepada Audit Dalaman mengenai penyelewengan kewangan.