PENJELASAN MENGENAI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA HAKIKI +  

PENJELASAN MENGENAI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA HAKIKI

Merujuk kepada kenyataan akhbar Berita Harian mengenai urusan kenaikan pangkat guru PJJ/OUM adalah bukan secara automatik tetapi perlu menghadiri temuduga.  Kumpulan yang terlibat adalah 15,000 guru PJJ/OUM.

Untuk urusan naik pangkat secara hakiki/KUP Time-Based tiada perubahan.

Harap ahli-ahli KPPK jelas.

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date: 
21/02/2012

The SBPA Issue, BISP Issue and Federal Territory Allowance Issue +  

To all KPPK/NUTP Members,

For your information, at the KPPK/NUTP Executive Committee Meeting on 11 February 2012, it has been decided that :

1.  SBPA Issue  -  KPPK/NUTP has proposed a 7 - 13% salary adjustment be awarded based on the SSM salary pending the improvement of SBPA.

2.  BISP  Issue  -   So far, the BISP has not been withdrawn.  The Ministry of Education, Malaysia has never issued such a directive. Those who have the qualifying  requirements are eligible to claim for the BISP allowance. For those whose BISP allowance has been withdrawn, please contact the General Secretary at  03-62510621 / 03-62510623.

3.  Federal Territory  Allowance Issue  -  School Authority cannot withdraw the allowance.  The allowance is only pegged, not stopped.                               

Please take note.

Ms Lok Yim Pheng

General Secretary KPPK/NUTP

Tarikh Berita/News Date: 
13/02/2012

Time-based Promotion Exercise +  

1.   Left behind Cases

For members who have been dropped-out,  please submit your cases immediately.  The Ministry of Education, Malaysia is currently managing such cases. KPPK/NUTP is worried that if affected members do not submit the required documents to the Ministry of Education, Malaysia, the teachers will be left behind.

For those teachers whose names appear as dropped-out candidates, please contact the State Education Department to identify their names and documents have been sent by the State Education Department to the Ministry of Education, Malaysia.

Please take note.

General Secretary 

KPPK/NUTP

Tarikh Berita/News Date: 
17/01/2012

15,000 guru berijazah belum naik gred DG41

15,000 guru berijazah belum naik gred DG41

Terpaksa tanggung beban bayaran pinjaman pendidikan

SEREMBAN: Kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred DG41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Beliau berkata, perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang sanggup membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan sendiri bagi menampung kos menyambung pelajaran sebelum ini.

Katanya, berikutan penangguhan itu, sebahagian guru terbabit kini menanggung masalah kewangan termasuk untuk membayar semula pinjaman pendidikan kerana gaji diterima masih di takuk lama.

“Mereka membuat perancangan rapi terutama membabitkan soal kewangan sebelum mengambil keputusan menyambung pelajaran kerana kebanyakannya sudah berkeluarga dan mempunyai banyak komitmen.

“Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan. 

“Namun, proses kenaikan gred itu kini digantung dan kami tidak tahu sampai bila,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. 

Yim Pheng berkata, sebelum ini, proses kenaikan gred selepas seseorang calon melepasi temu duga biasanya mengambil masa kurang setahun untuk berkuat kuasa tetapi penangguhan itu turut menjejaskan tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat.

Justeru, beliau berkata, pihaknya meminta Kementerian Pelajaran menyegerakan proses berkenaan kerana jumlah guru yang tamat pengajian ijazah semakin bertambah dari semasa ke semasa. 

Sementara itu, Yim Pheng meminta Kementerian Pelajaran memberi peluang kepada guru yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras tiga dan empat yang layak menikmati anjakan gaji menikmatinya, walaupun tempoh sah penilaian itu tamat tahun ini berikutan pemansuhannya.

Beliau berkata, kebanyakan guru terbabit belum cukup syarat tempoh perkhidmatan dan hak mereka dinafikan kerana tempoh sah penilaian itu tamat sebelum mereka mencukupkan syarat berkenaan.

“Tidak adil bagi guru terbabit yang berusaha lulus PTK dan ketika menunggu masa untuk menikmati anjakan gaji, tiba-tiba kelulusan PTK mereka tidak boleh digunakan dan terpaksa menduduki penilaian baru,” katanya.

Isu SBPA, Isu BISP dan Isu Wilayah Persekutuan +  

 

Semua Ahli KPPK,

Untuk makluman Saudara/ Saudari, Mesyuarat EXCO NUTP pada 11 Februari 2012 telah memutuskan bahawa:

1. ISU SBPA - Pihak KPPK mencadangkan pemberian pelarasan gaji 13 - 7 % berdasarkan gaji SSM sementara menunggu penambahbaikan SBPA.

2. ISU BISP – Setakat ini BISP tidak ditarik balik. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengeluarkan surat arahan sedemikian. Sesiapa yang memenuhi syarat layak membuat tuntutan BISP. Sekiranya sekolah menarik balik pembayaran elaun  BISP, sila hubungi Setiausaha Agung KPPK di talian 03-62510621/ 03-62510623.

3. Elaun Wilayah Persekutuan – Pihak sekolah tidak boleh menarik balik Elaun Wilayah Persekutuan. Elaun Wilayah Persekutuan hanya ditambatkan bukan dihentikan. Harap jelas.

Sekian, harap maklum.

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK


Tarikh Berita/News Date: 
13/02/2012