Keahlian Biasa

Permohonan untuk menjadi ahli mesti mendapat pengesahan dari mana-mana cawangan KPPK.Ahli Jawatankuasa Cawangan mempunyai kuasa tidak meluluskan permohonan tersebut tanpa memberi alasan yang munasabah. Syarat asas untuk menjadi ahli perlu menjadi guru di sekolah kerajaan dan berumur 18 tahun ke atas.

Keahlian Bersekutu

Terbuka kepada semua ahli yang bersara atau berhenti dari mengajar. Yuran tahunan hanya RM 18.00 dan Yuran Ahli Bersekutu Seumur Hidup ialah RM200.Ahli adalah layak membuat tuntutan dari Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan sekiranya membayar secara tahunan.Jika terlupa membayar akan menyebabkan seorang ahli bersekutu hilang faedah sebagai ahli bersekutu.

Keahlian Kehormat

Keahlian dianugerahkan kepada mana-mana ahli atau individu yang menyumbang perkhidmatan cemerlang kepada KPPK atau profesion perguruan. Keahlian diluluskan oleh para delegasi persidangan yang diakui oleh Lembaga Eksekutif. Keahlian Kehormat tidak mempunyai hak mengundi tetapi mempunyai semua hak lain seperti ahli biasa.