Kata-Kata Aluan dari Presiden KPPK


Hari ini maklumat dapat diperolehi hanya dengan satu klik sahaja. Berita tersebar hari ini menjadi ‘ lapuk ’ dalam sekelip mata. Atas perkembangan global dan pantas ini. NUTP telah mengambil inisiatif untuk menjadikan laman web ini menjadi lebih mudah dilayari dan mendekatkan ahli-ahli serta dapat memberi kemudahan kepada ahli tentang perkembangan pendidikan masakini.

Saya amat berharap dengan kemudahan yang disediakan ini akan memberi manfaat kepada ahli-ahli serta membantu mendapatkan maklumat yang dikehendaki.Berilah makluman yang membina demi kebaikan kita bersama.

Akhir kata, NUTP tetap memperjuangkan hak guru.

'Happy Surfing'

Lt. Kdr. (B) Hashim bin Adnan
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia

 


 

Kata-Kata Aluan dari Setiausaha Agung KPPK


KPPK/NUTP ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas sokongan saudara/ saudari pada organisasi ini dan membolehkan KPPK/NUTP terus berkembang ke satu tahap yang lebih cemerlang.

KPPK/NUTP memperjuangkan hak guru, gaji guru dan skim perkhidmatan guru. Kita juga menumpukan kepada pembangunan profesionalisma.

KPPK/NUTP akan berusaha secara ikhlas untuk membantu ahli. Sekiranya saudara/ saudari mempunyai sebarang masalah bolehlah mengemukakan isu berkenaan ke KPPK /NUTP melalui Blog KPPK, Emel ataupun melalui Laman Web KPPK/NUTP.

Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia