Sejarah KPPK

Pada tanggal 27 Jun 1974, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) atau ringkasnya, KPPK telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi. Penubuhan KPPK adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK). Presiden pertama KPPK ialah Allahyarham Tuan Haji Ahmad Bin Haji Abdul Rahman dan saudara Aloysius Mathews sebagai Setiausaha Agung.

Keunikan KPPK

Keahlian KPPK terdiri daripada pelbagai kategori guru-guru dari semua jenis peringkat sekolah. Tidak dapat dinafikan hari ini di Asia, KPPK merupakan kesatuan yang diiktiraf dengan bilangan keahlian 172,995 orang ahli (2012) di 12 cawangan.

KPPK merupakan kesatuan kebangsaan dan cawangan-cawangan KPPK membantu mengelolakan aktiviti di peringkat cawangan. Kaedah ini membolehkan KPPK bergerak secara berkesan dan aktif. Setiap cawangan mempunyai pejabat, AJK Cawangan dan bangunan sendiri.

Ibu pejabat KPPK

Lokasi Ibu Pejabat sebelum dan semasa :

1979 – Sekarang
13-15, Jalan Murai Dua
Kompleks Batu, Off Jalan Ipoh
51100 Kuala Lumpur.

1969-1978
No.16A, Jalan Balam Off Jalan Ipoh
Kuala Lumpur.

1964 - 1969
No. 321 C,
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur.

1962 - 1963
Bilik 409, Bangunan Insuran China
Jalan Batu, Kuala Lumpur.

1958
No. 4 (Tingkat Atas)
Jalan Ampang
Kuala Lumpur.

1954 - 1957
Bangunan Chan Wing
Jalan Mountbatten
Kuala Lumpur.