
Objektif
Memberi bantuan wang kepada keluarga jika ahli meninggal dunia.
Keahlian Tabung Khairat Kematian (TKK)
Keahlian dibuka kepada semua ahli KPPK dalam tempoh 6 bulan mulai tarikh menjadi ahli KPPK dengan bayaran RM10.00 (sekali sahaja).
Kemudahan TKK dengan sendirinya terhenti sekiranya ahli berkenaan berhenti dari keahlian KPPK atau bertunggakan yuran melebihi 4 bulan.
Pengurusan
Diuruskan oleh Majlis Kebangsaan (EXCO). Pentadbirannya oleh Setiausaha Agung dan Kewangan oleh Bendahari Agung.
Sebarang perubahan / pindaan dalam pengurusan TKK adalah tertakluk kepada keputusan yang dibuat dalam Persidangan Perwakilan.
Agihan Tabung
TKK ini berfungsi dengan “Capital Fund” dan pembayaran akan dibuat atas formula berikut: (tertakluk kepada pindaan)
Kadar Pembayaran Tabung Khairat Kematian
Tarikh Kuatkuasa mulai 1 April 2009
| Tempoh keahlian Berterusan | Amaun Maksimum Yang Layak |
|---|---|
| 6 bulan hingga 1 tahun | RM300 |
| Melebihi 1 tahun hingga 5 tahun | RM1000 |
| Melebihi 5 tahun hingga 15 tahun | RM2000 |
| Melebihi 15 tahun | RM2500 |


