• Perlu membayar yuran pada waktu yang ditetapkan dan berterusan.
  • Perlu memaklumkan kepada Setiausaha Cawangan dengan segera jika berlaku pertukaran alamat atau tempat kerja.
  • Perlu berkelakuan baik ketika menghadiri aktiviti kesatuan. Jika tidak, ahli tersebut dilarang menyertai mana-mana aktiviti jika didapati menunjukkan kelakuan buruk.
  • Seorang ahli tidak dibenarkan mengedar mana-mana dokumen atau penerbitan dari KPPK tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif atau  Jawatankuasa Cawangan.
  • Seorang ahli tidak dibenarkan mendedahkan atau memberitahu perkara berkaitan KPPK kepada bukan ahli, organisasi atau media tanpa kebenaran.
  • Seorang ahli mesti membayar yuran tunggakan atau levi dalam masa 6 bulan selepas menerima penyata tunggakan. Gagal berbuat demikian menyebabkan kehilangan keahlian.