--

Untuk makluman Saudara/ Saudari,

Kepada sesiapa yang berminat boleh menyertai program ini dan pembelanjaan adalah tanggungan sendiri.

Pihak KPPK akan menanggung yuran pendaftaran sebanyak RM30.00 sahaja jika ahli NUTP/KPPK.

Sila rujuk pada lampiran.

Sekian, harap maklum.

-----------------------------------------------------------------------

               Datuk Lok Yim Pheng

               Setiausaha Agung NUTP

===================================================================================================

 

Rujukan Kami: YAPEM/PBP-6/9-2016

 YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Tuan/Puan,

 JEMPUTAN PESERTA MENYERTAI PROGRAM BAKAL PESARA “BENGKEL KERJAYA SELEPAS ALAM PERSARAAN”

 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 2.      Sukacitanya dimaklumkan bahawa Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM) akan menganjurkan Program “Bengkel Kerjaya Selepas Alam Persaraan” pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut:

Tarikh  : 03 November (Khamis)

Masa    : 8.00 Pagi – 5.00 Petang

Tempat: Dewan Panggung Percubaan UPM, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

 3.      YAPEM dengan sukacitanya menjemput penyertaan pegawai/kakitangan yang bakal bersara pada 2017,2018 & 2019 daripada organisasi YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Tuan/Puan untuk menyertai program tersebut.  Bersama ini disertakan Brosur Seminar & Borang Penyertaan untuk perhatian dan tindakan YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Tuan/Puan jua.

 4.      Penyertaan dialu-alukan dengan mengisi Borang Penyertaan beserta bayaran penuh atau bagi Jabatan Kerajaan melalui Pesanan Tempatan (LPO) atas nama Yayasan Pekerja Malaysia dan mengembalikannya melalui faks ke nombor 03-4108 9127, 03-4147 4022 atau email: infoyapem@gmail.com pada atau sebelum 26 Oktober 2016. Tempat TERHAD.

 5.      Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia EN. AZMI ditalian 03-4108 9126.

 6.     Kerjasama serta tindakan awal daripada YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

 Sekian.

 Yang benar,

 YAYASAN PEKERJA MALAYSIA (YAPEM)

 

DATUK OMAR OSMAN

Presiden Merangkap Pengerusi Eksekutif

Mantan Presiden CUEPACS

Tarikh Berita/News Date: 
08/10/2016