Kepada Semua Ahli NUTP,

Kebelakangan ini, banyak rungutan yang diterima daripada guru-guru di seluruh negara berkait dengan tindakan pegawai-pegawai di JPN, PPD serta pengetua dan guru besar yang tidak mematuhi arahan Surat Siaran Bilangan 2 Tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Peringatan Pelaksanaan Bekerja Lima Hari seminggu) yang melarang sebarang program, aktiviti atau mesyuarat diadakan pada hari-hari sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima.

Dalam usaha mengekang masalah ini daripada terus berleluasa, semua ahli NUTP diminta membuat laporan berkait tindakan memaksa guru hadir untuk pelbagai program, aktiviti dan mesyuarat pada hari-hari sabtu tersebut. Hantarkan aduan berserta bukti berkaitan melalui e-mel ke: mail@nutp.org

Maklumat pengadu adalah sulit dan akan dirahsiakan.

Sekian, terima kasih.

 

HARRY TAN HUAT HOCK, PJK

Setiausaha Agung NUTP

Tarikh Berita/News Date: 
27/02/2017