Tarikh Siaran 11 April 2017

Kepada Semua Ahli NUTP,

KEPADA SEMUA AHLI NUTP DI KOLEJ VOKASIONAL

Dalam Mesyuarat Antara pihak NUTP dengan pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 3 April 2017, dimaklumkan bahawa waktu kerja pensyarah adalah fleksi. Dalam hal ini, NUTP berpendirian bahawa waktu balik bagi Kolej Vokasional negeri Kumpulan A & B ialah 12.00 tengah hari pada hari Jumaat dan Khamis. Sekiranya terdapat pentadbiran Kolej Vokasional yang membuat arahan lain, mohon dilaporkan kepada Setiausaha Agung NUTP.

Hantarkan aduan berserta bukti berkaitan melalui e-mel ke: mail@nutp.org

Sekian, terima kasih.

 

HARRY TAN HUAT HOCK

SETIAUSAHA AGUNG NUTP

Tarikh Berita/News Date: 
11/04/2017