Kementerian Pendidikan mahu perluaskan penggunaan kad debit di koperasi sekolah
09 Februari 2018 2:30 AM

MARANG – Kira-­kira lima juta pelajar di Malaysia akan menggunakan kad debit di kedai-kedai koperasi sekolah dalam tempoh terdekat selaras dengan­ langkah Kementerian Pendidikan mahu memperluaskan lagi penggunaan kad itu di 10,200 buah sekolah rendah dan mene­ngah di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pendekatan itu merupakan inisiatif kementerian sebagai persediaan kepada para pelajar sekolah bagi menghadapi dunia era digital yang semakin pantas pada masa kini.

“Segalanya semakin canggih dan pantas pada masa ini. Anak-anak kita perlu bersedia untuk menghadapi cabaran berkenaan agar mereka tidak ketinggalan.

“Oleh itu, kita akan didik anak-anak kita ini dengan mempraktikkan penggunaan kad debit di sekolah-sekolah bagi menggantikan fungsi wang tunai dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang, Rusila di sini semalam.