Isu dan Cabaran Tingkatan 6
Dalam bulan Jun dan Julai 2015, KPPK telah menerima banyak aduan mengenai urusan kenaikan pangkat secara Fast Track. Persoalan dari Guru Tingkatan 6 kenapa saya tidak dipilih atau ditawarkan peluang naik pangkat manakala guru Tingkatan 6 yang lebih junior menerima surat tawaran pemangkuan. KPPK telah merujuk isu-isu yang dikemukakan kepada BPSM, KPM. Antara maklum balas yang diterima adalah seperti berikut :-
Bil. |
Perkara/ Isu |
Maklum Balas/ Cadangan |
1. |
Urusan Kenaikan Pangkat Tingkatan 6 mengikut kuota sekolah: Guru Tingkatan Enam ditawarkan urusan kenaikan pangkat berdasarkan kuota sekolah. Kaedah ini menyebabkan guru senior tidak dapat naik pangkat selagi sekolah berkenaan tiada kekosongan manakala sekolah yang wujud kekosongan guru dinaikkan pangkat dalam tempoh masa rendah |
Sistem kuota sekolah telah dibatalkan dan diubah ke sistem kouta ikut PPD dan Negeri |
2. |
Urusan Kenaikan Pangkat setiap 3 tahun dan tidak konsisten Urusan tidak dijalankan seperti yang dijanjikan iaitu setiap 3 tahun, guru Tingkatan Enam diberi kenaikkan pangkat secara hakiki. Contoh : ada guru naik pangkat DG48 tahun 1.1.2008 kena tunggu 6 tahun baru naik pangkat secara KUP time-based ke DG52 pada 1.1.2014 (sepatutnya ditawarkan naik pangkat secara hakiki pada 1.1.2011) ada guru pula lantikan DG48 pada tahun 2010 dan 2011 dinaikkan pangkat secara pemangkuan baru-baru ini iaitu 1.4.2015. Maknanya ada guru senior DG48 terpaksa tunggu 6 tahun baru dapat KUP DG52 hakiki dalam masa lebih cepat. |
KPM menyatakan masalah waran dan kekosongan jawatan |
Sekian, harap maklum
Datuk Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung NUTP