LARIAN KEBANGSAAN KPPK 2015
Kepada Semua Ahli KPPK,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP) yang merupakan sebuah Kesatuan Sekerja yang terbesar di Malaysia yang mewakili 200 ribu orang guru akan mengadakan acara Larian Kebangsaan KPPK 2015 pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 20 September 2015
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang
Tempat : Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor
Sehubungan dengan itu, pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP) ingin memaklumkan kepada ahli-ahli KPPK yang berminat untuk mengambil bahagian boleh menghubungi Urusetia KPPK di talian 03 62510621 / 03 62510623 atau emel ke mail@nutp.org untuk maklumat lanjut. Bersama ini di lampirkan Borang Larian Kebangsaan KPPK.
Sekian, harap maklum
Datuk Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung NUTP